Penumpang Teksi Tiba-tiba Cakap Nak Ke Tandas. Lama Tunggu Tak Muncul, Rupa-rupanya Ada Dalam Semak !!!

Penumpang Teksi Tiba-tiba Cakap Nak Ke Tandas. Lama Tunggu Tak Muncul, Rupa-rupanya Ada Dalam Semak !!!

Baru-baru ini, seorang pemandu teksi di China berdepan dengan insiden yang membuatkannya terkejut besar. Pemandu teksi itu telah menjemput seorang gadis berusia 15 tahun yang mahu ke hospital kira-kira jam 2.30 petang.

Penumpang Teksi Tiba-tiba Cakap Nak Ke Tandas. Lama Tunggu Tak Muncul, Rupa-rupanya Ada Dalam Semak !!!
Penumpang Teksi Tiba-tiba Cakap Nak Ke Tandas. Lama Tunggu Tak Muncul, Rupa-rupanya Ada Dalam Semak !!!

Menurut Lobak Merah, ketika dalam perjalanan, gadis itu berkata dia mahu ke tandas. Memandangkan dia sudah tidak tahan untuk ‘membuang’, pemandu teksi itu membuat keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan membiarkannya ‘melabur’ di semak. Selepas menunggu lebih 10 minit, gadis itu masih belum kembali. Merasa seperti sesuatu yang tidak kena, pemandu teksi itu berjalan menuju ke bahagian semak untuk mencarinya. Bagaimanapun, semakin dekat dia dengan kawasan semak, dia terdengar suara tangisan bayi.

Dia kemudian terjumpa gadis itu namun sangat terkejut melihat badan dan tangan gadis tersebut dipenuhi darah. Dan terdapat seorang bayi baru lahir berada di sebelahnya!

ARTIKEL MENARIK: Benarkah Mee Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 Dan Panadol Merbahaya? Ini Pendapat Doktor Perubatan

loading...

1.png

Rupa-rupanya, gadis muda itu mengandung dan ingin segera ke hospital kerana mahu melahirkan. Separuh jalan, dia sudah tidak boleh tahan kesakitan yang dirasainya, jadi dia telah melahirkan bayi itu sendiri di dalam semak.

Pemandu itu segera meminta bantuan daripada pihak polis di mana mereka kemudian memaklumkan kepada ambulan tentang ibu dan bayi yang perlu dihantar ke hospital.



2.png

Sehingga kini, gadis itu masih enggan mendedahkan identiti bapa kepada bayi tersebut serta mengunci mulut daripada memberitahu tentang maklumat peribadi diri serta keluarganya. Pihak polis dilaporkan masih menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Sumber : lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post