Mungkin tidak diketahui oleh kita secara jelas, haiwan mempunyai ‘deria keenam’ yang lebih halus dari deria dan naluri manusia.
Pelik Apabila Angsa Ini Sedikit Tidak Berganjak Walaupun Bulu Pelepahnya Telah Terbakar. Rupa²nya… |
Haiwan boleh mengesan bahaya dengan cepat apabila merasai sesuatu yang akan terjadi dan mereka akan melarikan diri atau berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.
Tim White adalah seorang pakar hidupan liar dari Kanada yang telah menemui satu situasi yang amat luar biasa. Pada satu hari, beliau telah membantu memadamkan satu kebakaran di dalam sebuah bangunan.
Setelah kebakaran ini berada dalam keadaan yang terkawal, Tim telah menemui seekor angsa dengan bulu pelepahnya yang telah terbakar.
ARTIKEL MENARIK:
loading...
Angsa ini tidak berganjak atau melarikan diri setelah melihat Tim datang dan menghampirinya. Tim melihat angsa ini duduk dengan tenang dan benar-benar tidak mahu berganjak.
Selepas satu kebakaran, seekor ibu angsa telah ditemui.
Bulu pelepahnya telah terbakar dan terdapat kesan melecur pada kulitnya
Tim White mendapati situasi ini sangat pelik dan sebagai pakar haiwan, beliau mengetahui peri laku haiwan lalu membuat keputusan untuk menyiasat dengan kelakuan pelik angsa ini.
Setelah disiasat dan diteliti, rupa-rupanya angsa ini sedang melindungi 6 biji telurnya dan telur itu masih belum lagi menetas. Telur-telur ini adalah anak-anaknya.
Jika kebakaran itu masih lagi tidak dapat dipadamkan, ibu angsa ini pasti sudah mati dan hangus terbakar. Ternyata ibu angsa ini lebih sanggup mati dari meninggalkan anak-anaknya.
Walaupun ibu angsa ini melindungi telur-telurnya, ia tidak tahu dan akan menerima berita buruk bahawa telurnya itu telah rosak dan tidak lagi dapat menetas.
Ibu angsa ini tidak akan meninggalkan anak-anaknya
Selepas menjalani rawatan, ibu angsa ini telah kembali sihat
Selepas menjalani rawatan menyembuhkan luka kebakaran, ibu angsa ini telah kembali sihat tetapi semua telurnya telah rosak akibat kebakaran itu dan tidak boleh menetas sama sekali.
Selepas satu penyiasatan dilakukan, didapati bangunan itu telah dibakar dengan sengaja oleh seorang pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Pelaku kebakaran itu tidak dapat dipastikan dan apa motif sebenar dia berbuat begitu. Amat malang ibu angsa ini yang menjadi mangsa.
Walaupun ibu angsa ini hanya seekor haiwan, tetapi haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan keibuan. Cara ibu angsa ini melindungi anak-anaknya yang tidak dapat menetas itu amat menyedihkan.
Haiwan juga menyayangi anak-anaknya dengan sepenuh hati sehingga sanggup bergadai nyawa.
Mari berkongsi kisah ini supaya kisah ibu angsa yang berani ini dijadikan pengajaran. Ibu angsa yang sanggup bertarung dengan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak-anaknya dari api kebakaran.
Kredit : Era Baru
Sumber : coretanhati
Post a Comment