Masa Susah Kawan Semua Lari Tak Nak Tolong, Dah Jadi Jutawan Semua Kawan Datang, Dulu Diejek, Diperlekeh, Kini Jutawan.

Masa Susah Kawan Semua Lari Tak Nak Tolong, Dah Jadi Jutawan Semua Kawan Datang, Dulu Diejek, Diperlekeh, Kini Jutawan.

Penternakan benih ikan kerapu, hasil gabungan idea kerajaan, penyelidik dan penternak berjaya membuktikan bahawa kehidupan seseorang boleh berubah 360 darjah jika ada usaha dan sokongan secara bersama.

Masa Susah Kawan Semua Lari Tak Nak Tolong, Dah Jadi Jutawan Semua Kawan Datang, Dulu Diejek, Diperlekeh, Kini Jutawan.
Masa Susah Kawan Semua Lari Tak Nak Tolong, Dah Jadi Jutawan Semua Kawan Datang, Dulu Diejek, Diperlekeh, Kini Jutawan.

Bertepatan pula apabila kerajaan negeri menyasarkan keperluan ikan sehingga 3 juta tan setahun dengan 80 peratus diperoleh dari laut dan 20 peratus lagi dibekalkan daripada projek akuakultur.

Menerusi tinjauan di sekitar tepi pantai kawasan Kampung Air Tawar di Besut mendapati terdapat ramai golongan muda terutama nelayan menternak benih ikan kerapu secara tersusun dan mendapat sokongan padu ramai pihak.

Seorang penternak Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, 38, dari kampung tersebut berkata, beliau bertekad mengusahakan ‘sumber kekayaan baru’ itu meskipun pernah dilabel ‘gila’ dan terpaksa menjual bot laut dalam peninggalan bapanya bagi mengubah kehidupan.

“Pada 2007, saya mulakan perniagaan dengan modal hanya RM10,000, saya ternak ikan kerapu liar dan ikan siakap tetapi ikan kerapu liar ni bermusim hanya sekitar November hingga April sahaja.

ARTIKEL MENARIK: Ibu Dan Anak Tinggal Dalam Kontena Kecil Ini Sahaja..Tapi Lihat Di Dalam Dan Anda Pasti Akan Terkejut Sebab..
loading...

“Selepas itu saya bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru dengan menjalani kursus pembenihan ikan kerapu hibrid di Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong.

“Berbekalkan ilmu dan nasihat dari FRI Tanjung Demong, saya mulakan langkah menternak kerapu, setapak demi setapak saya kembangkan lagi perniagaan menjadi pembenih ikan kerapu hibrid,” katanya yang kini mampu menjana pendapatan tujuh angka setahun.

1.jpg



TUAN Fakarudin menunjukkan anak ikan Kerapu tikus (Mouse Grouper) yang juga diternak di Pantai air Tawar. Pembenihan antara Kerapu Kertang dan Kerapu Harimau ini akan menghasilkan ternakan ikan kerapu hibrid. FOTO Bernama

Berkongsi pengalaman, beliau yang mengusahakan penternakan tersebut bersama isterinya Zunainaa Abdul Majid berkata, ketika memulakan perusahaan kerapu hibrid pada 2011, beliau sering diejek dan diperlekehkan masyarakat kampung kerana kekurangan ilmu mengenai aktiviti pembenihan ikan dan kerapu hibrid masih tidak mendapat pasaran meluas ketika itu.

“Awalnya orang kampung cakap kat saya, ‘mu ni gile ke apa (kamu ni gila kah), letak 500 ekor ikan dalam 500 liter air, memang jadi baja tanah.

“Memang betul apa yang diorang cakap, ikan itu memang betul-betul jadi baja apabila kebanyakannya mati.

“Saya akui, memang awalnya saya langsung tak ada ilmu dan tak tahu cara-cara pembenihan ikan yang betul tetapi apabila mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Perikanan Negeri dan FRI, saya berjaya melakukannya hinggalah menjadi pengeluar benih ikan kerapu hibrid terbesar di daerah ini,” katanya.

2.jpg

KERAPU Kertang (Giant Grouper) atau nama sainstifiknya Epinephelus Lanceolatus diternak bertujuan untuk menghasilkan benih induk jantan di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong. FOTO Bernama

Tuan Fakaruddin berkata, bantuan kerajaan negeri yang menyediakan tanah di sekitar Pantai Kampung Air Tawar untuk diusahakan turut digunakan sebaik mungkin dan selain itu beliau juga mendapat bantuan membina pusat penetasan bernilai RM500,000 dari Jabatan Perikanan bagi membolehkannya menjalankan operasi pembenihan ikan kerapu hibrid.

Tambahnya, proses menghasilkan benih kerapu hibrid agak rumit terutamanya ketika proses persenyawaan telur ikan kerapu iaitu kacukan induk jantan kerapu kertang dan induk betina kerapu harimau bagi menghasilkan kerapu hibrid.

“Awalnya saya hanya mempunyai lapan tangki ikan tetapi sekarang alhamdulillah saya mempunyai lebih 200 tangki yang dibahagikan secara lima fasa iaitu tiga fasa pembenihan dan dua fasa asuhan,” katanya yang kini mempunyai 12 pekerja.

Lebih menarik, kejayaan Tuan Fakaruddin bukan hanya memberi limpahan rezeki buat dirinya dan keluarga, malah turut memberi inspirasi kepada 30 penduduk tempatan untuk mengikut jejak langkahnya dengan memulakan projek asuhan benih ikan kerapu hibrid.

Harga dan permintaan benih yang tinggi di dalam dan luar negara menjadikan kerapu hibrid dikomersialkan sama ada di peringkat telur, benih dan ternakan.

3.jpg

PETUGAS Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memeriksa induk Kerapu Kertang (Giant Grouper) bagi mengambil benih induk jantan di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong. FOTO Bernama

Jika dibandingkan ikan lain, kerapu hibrid mempunyai nilai komersial lebih tinggi berbanding siakap dan spesies ikan lain kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaiannya lebih cepat, kurang kecacatan dan mudah diternak.

“Sekarang saya turut membekalkan benih ikan untuk asuhan kepada pengusaha tempatan yang lain selain menjual benih ikan ke pasaran di seluruh negara.

“Harga pasaran ketika telur kerapu hibrid mencecah RM6,000 hingga RM10,000 per juta dan harga benih bersaiz empat hingga lima inci pula boleh dijual antara RM5 hingga RM7 seekor,” katanya yang mampu mengeluarkan benih kerapu hibrid sekurang-kurangnya 30,000 ekor sebulan.

4.jpg

ANTARA induk betina Kerapu harimau (Tiger Grouper) yang diternak di Institut Penyelidikan Perikanan di Tanjong Demong.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Mariam Marip berkata Terengganu yang menjadi pengeluar benih ikan marin utama negara mencatatkan pengeluaran 1.6 juta benih kerapu hibrid pada tahun lalu.

“Untuk kerapu hibrid, jumlah pengeluaran kita masih berada di tahap yang belum mencukupi kerana permintaan yang begitu tinggi ekoran potensi komersialnya yang tinggi iaitu untuk masa sekarang harga pasaran boleh mencecah hingga RM45 sekilogram berbanding ikan siakap hanya RM19 sekilogram.

“Melalui inisiatif kerajaan negeri dan FRI Tanjung Demong, kini lebih ramai penduduk menceburi bidang asuhan ikan kerapu hibrid dan mereka diberikan kursus dan tunjuk ajar mengenai pembenihan dan asuhan ikan kerapu termasuk kerapu hibrid,” katanya.

Sumber: Suaramedia.org

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post