Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya

Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya

MADRID – Seorang kanak-kanak perempuan di Sepanyol berusia 11 tahun didakwa melahirkan anak abang kandungnya yang tiga tahun lebih tua daripadanya.

Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya
Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya

Bayi lelaki tersebut dilahirkan di hospital Virgen de la Arrixaca di bandar Murcia, tenggara Madrid pada Jumaat lalu selepas budak tersebut mengadu sakit perut.

Siasatan awal dilakukan untuk mengenal pasti identiti ‘bapa’ bayi terbabit mendapati ia adalah perbuatan abang kandung mangsa yang mana ibu mereka adalah imigran dari Bolivia.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Wanita Sempat Menyebut Nama Pembunuhnya Sebelum Mati.

loading...

Sumber rapat kes itu mendedahkan remaja tersebut berusia 13 tahun ketika adik perempuannya hamil dan dia tidak akan berdepan sebarang prosiding jenayah seperti ditetapkan undang-undang Sepanyol kerana masih di bawah umur.

Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya
Kanak-kanak 11 tahun didakwa lahirkan anak abang kandung yang hanya tua 3 tahun darinya

Kanak-kanak perempuan tersebut dan ibu bapanya tidak menyedari tentang kehamilan itu.

Ibu bapanya membawa budak itu ke hospital kerana percaya dia mengalami masalah usus yang serius.


Difahamkan, ujian DNA akan dijalankan untuk mengesahkan identiti bapa bayi terbabit.

Sementara itu, ketua pihak berkuasa kesihatan wilayah, Manuel Villegas menyifatkan kes itu sebagai ‘luar biasa’.

“Kita perlu menunggu sehingga siasatan selesai,” katanya.

Media tempatan melaporkan tiada bukti menunjukkan kedua-dua adik beradik itu tidak pernah melakukan hubungan seks. – Daily Mail

Sumber: Sinar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post