Duit Negara Venezuela Tiada Nilai.. Lihat Apa Rakyat Mereka Buat! Memang Tak Masuk Akal!

Duit Negara Venezuela Tiada Nilai.. Lihat Apa Rakyat Mereka Buat! Memang Tak Masuk Akal!

Duit negara bergolak Venezuela, kini dicatatkan lima kali ganda lebih rendah berbanding ringgit Malaysia, menjadikan matawang bolivar tiada lagi nilai kerana kemerosotan ekonominya yang teruk.

Duit Negara Venezuela Tiada Nilai.. Lihat Apa Rakyat Mereka Buat! Memang Tak Masuk Akal!
Duit Negara Venezuela Tiada Nilai.. Lihat Apa Rakyat Mereka Buat! Memang Tak Masuk Akal!

Wang negara itu kini hanya seperti kertas biasa, boleh didapati berselerak di jalanan, malah ada yang menganyamnya dijadikan beg!

Seorang peniaga, Wilmer Rojas, mendapat idea membuat origami menggunakan wang kertas Bolivar itu yang langsung tidak bernilai akibat inflasi yang menyebabkan nilainya jatuh 87 peratus.

ARTIKEL MENARIK: Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

loading...

Dia menganyam kepingan wang kertas itu menjadi beg tangan, dompet, topi dan bakul.


Daily Mail melaporkan, bapa kepada tiga anak itu berkata: “Orang ramai membuangnya merata-rata kerana sudah tiada nilai untuk membeli apa-apa. Tiada yang mahu menerima wang itu lagi.


“Kami boleh membuat origami menggunakan majalah atau surat khabar, namun wang kertas lebih baik kerana semuanya sama saiz dan saya tidak perlu membuang masa memotongnya.

“Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya dari Bolivar. Walaupun tidak bernilai, sekurang-kurangnya saya boleh menjadikannya sesuatu yang berguna (dengan menjadikan cenderahati) daripada membuangnya,” katanya Rojas.

Menurutnya, lima atau 10 keping wang kertas Bolivar tidak laku untuk membeli gula-gula.

Wilmer menggunakan ratusan keping wang kertas untuk membuat topi yang menyamai harga sekotak rokok yang hanya beberapa ringgit.


Jose Leon, pereka berusia 26 tahun, turut menggunakan wang kertas melukis watak Star Wars pada imej ketua gerakan gerakan kemerdekaan, Simon Bolivar dan tokoh terkenal Venezuela lain.





Ribuan penduduk negara itu yang terdesak, kini cuba berhijrah ke Columbia bagi melarikan diri daripada kebuluran dan peningkatan kadar jenayah disebabkan krisis ekonomi.

Venezuela ketika ini dijadualkan akan menghadapi pilihan raya pada 22 April ini untuk memilih presiden baharu.

Sumber: HMetro via Infokini.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post