Dari 'Mak Cik Bawang', Wanita Kini Pun Boleh Jadi 'Mak Cik Pedang Samurai' - Pakar Psikologi

Dari 'Mak Cik Bawang', Wanita Kini Pun Boleh Jadi 'Mak Cik Pedang Samurai' - Pakar Psikologi

Baru-baru ini, secara kebetulan banyak video masalah kejiranan yang tular di laman sosial yang berisiko berlakunya pertumpahan darah kerana ada yang sudah berani menggunakan senjata dalam pertelingkahan dengan jiran.

Dari 'Mak Cik Bawang', Wanita Kini Pun Boleh Jadi 'Mak Cik Pedang Samurai' - Pakar Psikologi
Dari 'Mak Cik Bawang', Wanita Kini Pun Boleh Jadi 'Mak Cik Pedang Samurai' - Pakar Psikologi

Pakar Psikologi, Professor Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub berkata, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.

Tambahnya lagi, penyelesaian konstruktif perlu dicari selain mengenal pasti punca sebenar sesuatu perkara berlaku.

ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Kejam! Ibu Seret Anak Usia 4 Tahun Atas Jalan Raya Dengan Motosikal..

loading...

"Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.

DVsStKxUQAAFwhS.jpg

"Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal 'makcik samurai' ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.

"Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai 'makcik bawang'. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Dr Rohaty juga tidak ketinggalan untuk mengulas insiden ibu bapa yang campur tangan dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga menggunakan sebilah pedang samurai dalam insiden itu.

Menurut laporan, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga klimaksnya pedang samurai dikeluarkan.


Dalam pada itu, Dr Rohaty juga menegaskan, semangat jawatankuasa kejiranan seharusnya diperkuatkan kembali dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan isu penduduk.

DVsStbfUQAAyPeT.jpg

"Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.

"Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan," jelasnya.

Sementara itu, di laman Twitter, netizen menyifatkan tindakan 'makcik samurai' adalah keterlaluan dan mungkin membawa kepada akibat dipenjarakan.

DVsSvj6VwAAzvnq.jpg

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

twit.PNG

Sumber: Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post