"Asmidar" Dedahkan Perancangan Arwah Azmil Mustapha Tetapi Telah Pergi Dulu. Niat Arwah Pasti Buat Ramai Terharu..Subhanallah

"Asmidar" Dedahkan Perancangan Arwah Azmil Mustapha Tetapi Telah Pergi Dulu. Niat Arwah Pasti Buat Ramai Terharu..Subhanallah

“SETIAP kali menghubungi saya menerusi telefon, Azmil akan memanggil saya dengan gelaran Asmidar yang juga nama watak dalam filem Ali Setan dulu.

"Asmidar" Dedahkan Perancangan Arwah Azmil Mustapha Tetapi Telah Pergi Dulu. Niat Arwah Pasti Buat Ramai Terharu..Subhanallah
"Asmidar" Dedahkan Perancangan Arwah Azmil Mustapha Tetapi Telah Pergi Dulu. Niat Arwah Pasti Buat Ramai Terharu..Subhanallah


“Selepas pemergian arwah, saya pasti akan merindui gelaran Asmidar selepas ini,” kata pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 55.

Selain Ali Setan, Ogy sempat bergandingan dengan Azmil menerusi beberapa filem seperti Suara Kekasih, Dewi Cintaku dan Gadis Hitam Putih.

“Hubungan kami rapat sejak filem Ali Setan sampailah sekarang.

ARTIKEL MENARIK: ‘Jangan Kutip Sabun Jatuh’ – Alif Satar Beri Peringatan Kepada Bapa Aina Nabihah..At Last Keluar Juga Muka ‘The Child KILLER Ni’!!

loading...

“Saya juga sudah menganggap arwah seperti abang kerana dia sentiasa menjaga keselamatan saya ketika di lokasi penggambaran dulu.

“Setiap kali arwah akan ke luar negara untuk program dakwah termasuk ke Syria, dia mesti akan menghubungi saya terlebih dulu,” katanya.

Ogy berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Azmil ialah pada bulan lalu.



“Saya menghubungi arwah untuk muncul dalam program Huru Hara di saluran Hypp Sensasi yang dikendalikan tetapi arwah menolak kerana dia sudah meninggalkan bidang seni.

“Saya menghormati keputusannya itu kerana arwah sudah berhijrah dan banyak mendekati agama sejak itu.

PERANCANGAN ARWAH

“Malah, Arwah juga pernah beritahu saya perancangan untuk buat program agama membabitkan artis yang sudah dan belum berhijab baru-baru ini,” katanya.

Apapun, kata Ogy, Allahyarham Azmil adalah seorang pelakon yang sangat bagus dan tiada gantinya dalam bidang lakonan.

“Saya percaya tiada Azmil nombor dua selepas pemergiannnya.

“Ia juga kehilangan besar dalam industri seni tanah air,” katanya.

Pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 1 petang tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Salah satu ceramah dari arwah ..

Ustaz Azmil Mustapha – Kegagalan umat Islam mengikuti landasan yang benar.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post