5 Sebab Kenapa AJL32 Malam Ini Lagi Power Dari Tahun Lepas, Korang Kena Tengok!

5 Sebab Kenapa AJL32 Malam Ini Lagi Power Dari Tahun Lepas, Korang Kena Tengok!

Anugerah Juara Lagu kini kembali, pasti ramai yang sudah tak sabar nak rasa kehangatan majlis yang bakal berlangsung malam ini kan?

5 Sebab Kenapa AJL32 Malam Ini Lagi Power Dari Tahun Lepas, Korang Kena Tengok!
5 Sebab Kenapa AJL32 Malam Ini Lagi Power Dari Tahun Lepas, Korang Kena Tengok!

Mana taknya kesemua peserta yang bertanding hebat-hebat belaka. Dari penyanyi baru sehinggalah kepada penyanyi berpengalaman turut sama berentap.

Antara lagu yang bertanding ialah Tergantung Sepi, Warkah Untukku, Jampi, Bayang, Aku Yang Sebenarnya, Sejati, Menahan Rindu, Separuh Mati Ku Bercinta dan banyak lagi. Dengar cerita ada macam-macam perkara menarik yang berlaku menjelang Anugerah Juara Lagu kali ini. Ha apa tu?

ARTIKEL MENARIK: Live Streaming AJL 32 Anugerah Juara Lagu 11.2.2018

loading...

Kecoh dalam MRT, apa Cumi Cumi & Naim Daniel buat tu?

Nabila Razali, Naim Daniel & the gang siap buat busking lagi untuk hiburkan korang dalam LRT. Yang paling havoc, penumpang-penumpang pun turut sama menyanyikan lagu-lagu ini bersama mereka. Memang sporting habis! Bukan senang nak dengar dorang ni nyanyi live tau! Okay tak Nabila Razali rap?

Bertemakan fesyen & muzik







Korang ingat lagi tak suatu masa dahulu baju ‘hati’ Ramlah Ram pernah menjadi fenomena sehingga kini masih tidak dapat dilupakan. Malah setiap tahun, setiap selebriti pasti tampil dengan kelainan dan gaya yang tersendiri. Untuk tahun ini, AJL 32 membawakan tema fesyen dan muzik pula.

Jika dilihat pada tahun sebelum ini, Dayang Nurfaizah sentiasa hadir dengan gaya fesyen yang meletop! Selebriti lain pun apa kurangnya, yang tersalah tema pun ada tau.  Tak sabar rasanya nak tengok aksi selebriti kegemaran di red karpet untuk tahun ini pula


Koleksi medley terbaik #ajl32

Antara 4 koleksi medley terbaik untuk Anugerah Juara Lagu 32, fuh meremang bulu roma admin dengar suara yang merdu-merdu belaka. Admin paling suka Team Wazu, comel adik tu!

Slot cerekerama #ajl32, penampilan khas Dato’ Awie



Jodoh Tak Pernah Salah Alamat


Studio Awie



Datin Glam



Dari Kekasih Kepada Kekasih

Untuk menghangatkan lagi AJL tahun ini, TV3 telah mempersembahkan slot Cerekarama dengan tema Istimewa AJL. Siap ada penampilan khas finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu iaitu Dato’ Hattan, Ziana Zain, Akim & The Majistret dan juga Dato’ Awie sebagai pelakon utama. Empat Cerekarama yang ditayangkan ialah Jodoh Tak Pernah Salah Alamat, Studio Awie, Datin Glam danDari Kekasih Kepada Kekasih.

Trofi dapat sentuhan pereka Rizman Ruzaini



Fuh memang lain macam trofi untuk AJL kali ini. Buat pertama kali demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema, trofi ini mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Tak sabar rasanya nak tahu siapa yang bertuah membawa balik trofi ini!

Korang rasa siapa yang akan menang?



Jadi korang rasa lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu untuk kali ini? Yang pasti terdapat pelbagai kejutan istimewa untuk korang semua.

Jangan lupa saksikan malam AJL 32 bersiaran secara langsung Ahad, 11 Februari ini jam 9 malam di TV3AJL 32 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my

Kredit; Ohbulan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post