Tragedi kemalangan maut yang meragut nyawa sepasang suami isteri beserta seorang lagi bayi berusia 7 bulan pada Mei 2015 pernah menggemparkan tanah air.
"3 Tahun Je Ke? Murahnya NYAWA Manusia" – Netizen Kecewa Hukuman Tragedi Nahas Duke Tidak Setimpal? |
Nahas yang membabitkan beberapa buah Myvi di Lebuhraya Duke itu menyebabkan dua lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu dengan sekelip mata.
Berikutan itu, pemandu kenderaan, Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
ARTIKEL MENARIK: Pencuri Kambing Maut Dibakar Hidup-hidup
loading...
Menurut laporan Sinar Harian hari ini, Siti Noor Aini Mohd Said dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin didapati bersalah dan Mahkamah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM10,000 dan lesen memandu juga ditarik balik selama lima tahun. Selain itu, tambahan hukuman penjara dua tahun dikenakan sekiranya gagal membayar denda.
Menurut Majistret Zilfinaz Abbas, hukuman dibuat selepas pihak mahkamah sangsi dengan penjelasan dan keterangan tidak konsisten.
Keterangan kedua-duanya tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.Kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan disabitkan bersalah.
Walaubagaimanapun, mahkamah membenar permohonan hukuman penjara ditangguh kerana anak guam akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. Namun, kedua-duanya harus membayar denda yang ditetapkan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.
Netizen di ruangan komen laporan akhbar tersebut tidak berpuas hati dan menganggap hukuman tidak setimpal dibandingkan dengan nyawa yang telah melayang disebabkan sikap cuai mereka.
Sumber: Ohbulan.com
Post a Comment