Tiada "Job" Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu

Tiada "Job" Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu

Dalam kesempitan ekonomi ketika ini, semua orang merasai bahangnya termasuklah golongan artis. Peluang yang agak kecil kerana perkembangan industri seni yang agak lembab menyebabkan ada di antara mereka menggunakan jalan singkat dengan meminjam daripada peminjam wang tanpa lesen, ah long.

Tiada "Job" Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu
Tiada "Job" Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu

Tambahan pula golongan ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni sebagai pendapatan utama. Baru baru ini, isu ini dibangkitkan Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman dengan mendedahkan seramai 300 orang artis dari pelbagai latar belakang sedang diburu oleh Ah Long kerana meminjam wang secara haram.

Kaedah meminjam daripada agen peminjam tanpa lesen ini berlaku kerana artis-artios tersebut dikatakan kekurangan tawaran kerja. Jumlah peminjam itu didapati bersandarkan kepada jumlah aduan kepada Persatuan Seniman oleh artis tersebut untuk mendapatkan pembelaan daripada kecaman ah long.

ARTIKEL MENARIK: Pengarah drama sahkan Datuk Farid bawa ‘pistol’ ke set penggambaran

loading...

.

123106gfuntki2vb1wioa2.png

“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela. Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri? 

Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.”

123501pg004dx2j4zo2jgd.png

Zarina Zainudin antara artis yang berniaga selain berlakon untuk mendapat wang lebih.

Menurut Zed, untuk diterima dalam industri seni dan menambah pendapatan, artis haruslah mempelbagaikan kebolehan diri dan mencuba perkara baru selaras dengan peredaran masa. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini bukan sahaja golongan artis, malahan semua lapisan masyarkat mempunyai masalah yang sama. 

Salah satu kaedah yang digunakan ketika ini adalah mengurangkan berbelanja mewah dan membuat lebih daripada satu kerja. Mungkin golongan artis boleh menggunakan cara yang sama. 

Sumber: CARI forum

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post