Sah!! Ini Keputusan Ujian Air Kencing Pelakon Yang Bergelar Datuk. Harap Datin Diana Danielle Bertabah Dengan Ujian Ini!

Sah!! Ini Keputusan Ujian Air Kencing Pelakon Yang Bergelar Datuk. Harap Datin Diana Danielle Bertabah Dengan Ujian Ini!

PETALING JAYA: Pelakon yang juga pengarah bergelar Datuk, yang ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara hari ini, dikesan positif dadah.

Sah!! Ini Keputusan Ujian Air Kencing Pelakon Yang Bergelar Datuk. Harap Datin Diana Danielle Bertabah Dengan Ujian Ini!
Sah!! Ini Keputusan Ujian Air Kencing Pelakon Yang Bergelar Datuk. Harap Datin Diana Danielle Bertabah Dengan Ujian Ini!

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

ARTIKEL MENARIK: Datuk Farid Kamil Zahari Ditahan Polis Disyaki Berada di Bawah Pengaruh..

loading...

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/374076/pelakon-serang-polis-positif-ganja


Datin Diana Danielle, 26, meminta mereka diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil, petang tadi.


“Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih,” katanya.

Ibunya Norsiah Ramli, juga tidak mengetahui penahanan menantunya itu dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya.

Dalam laporan media tempatan, Farid Kami didakwa telah menampar seorang anggota polis trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, selain dua orang awam turut ditendang pelakon terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.


“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

BHarian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post