Proton Ni Bukan Takat Tahan Hujan, Tahan Salji Juga!!- Koleksi Gambar Apabila Orang Luar Negara Lebih Bangga Guna Kereta Proton!

Proton Ni Bukan Takat Tahan Hujan, Tahan Salji Juga!!- Koleksi Gambar Apabila Orang Luar Negara Lebih Bangga Guna Kereta Proton!

TURKI – Walaupun sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.

Proton Ni Bukan Takat Tahan Hujan, Tahan Salji Juga!!- Koleksi Gambar Apabila Orang Luar Negara Lebih Bangga Guna Kereta Proton!
Proton Ni Bukan Takat Tahan Hujan, Tahan Salji Juga!!- Koleksi Gambar Apabila Orang Luar Negara Lebih Bangga Guna Kereta Proton!

Muhamad Nur Thaqib Shaker, pelajar Malaysia di Turki, Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT berkongsi pengalamannya pernah ternampak beberapa kereta Proton model lama yang masih menyelusuri jalan raya di negara itu seperti Proton Waja, Saga dan terdapat juga Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat Kelab Proton Turki yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton.

Muhamad tidak melepaskan peluang untuk mendekati kumpulan ini dan ingin mengetahui mengapa kereta Proton menjadi pilihan mereka.

“Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.

ARTIKEL MENARIK: ‘Acik Tak Suka Makan Sumber Haram’ – Cakap Tak Serupa Bikin, Pemilik Rumah Sewa Aniaya 4 Pelajar UiTM Tapah Tewas Di Mahkamah!

loading...

“Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta PRoton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya,” tulis Muhamad.

Tidak boleh dinafikan ada antara kita rakyat Malaysia yang malu nak pakai kereta buatan Malaysia seperti Proton. Katanya kereta tempatan tidak bagus dan tak stylo!

Itu pendapat orang kita tetapi bagaimana pula pendapat orang luar? Jangan terkejut ya kalau anda pergi ke Turki dan tiba-tiba melihat kereta Proton gah meluncur di jalan.

Jenama Proton telah dibawa masuk ke Turki seawal tahun 1993 lagi dengan jenama Proton Wira untuk pertunjukan kereta.

Kemudian ada beberapa tahun lagi, ia dibawa masuk untuk mencuba pasaran di sana. Terbaru, pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk hinggalah ke hari ini.

Kisah seorang anak muda Turki, Hami Akyuz, 19, yang setia menggunakan kereta Proton mendapat perhatian rakyat Malaysia.


proton3.jpg

Apa yang membanggakan, menurut anak muda ini dia telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton sejak lapan tahun lalu (dari zaman bapanya) dan masih setia dengan jenama tersebut hingga hari ini.

Selain Hami, rupa-rupanya ada lagi anak muda Turki yang menggemari kereta Proton dan menurut mereka Proton adalah sebuah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli.

Malah di sana juga ada kelab kereta Proton dan mereka sering berhimpun bersama-sama sambil bertukar pandangan dan idea.

Okan, 33 juga berasal dari Istanbul, mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Bagi Okan yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara otomobil yang berkualiti tinggi.

image%2B%25281%2529.jpg

Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain. Sekiranya dilihat pada harganya yang berpatutan dan sememangnya merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik.

“Saya harap Malaysia terus berjaya dan saya meminta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menerus menyokong kenderaan ini,” katanya.

Difahamkan, Proton pernah dibawa masuk ke pasaran negara itu seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira. Tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta. Sekitar lima unit Proton dihantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor.

image%2B%25282%2529.jpg

Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah.

Pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini

Jadi, sebagai rakyat Malaysia sepatutnya anda berbangga menggunakan produk tempatan.-

sumber: KLICK.MY

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post