Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit. Hati-hati, Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Sedang Mengecas

Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit. Hati-hati, Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Sedang Mengecas

JASIN: Seorang buruh lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan wayar sambungan di Kampung Baru Nyalas, di sini, semalam.

Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit. Hati-hati, Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Sedang Mengecas
Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit. Hati-hati, Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Sedang Mengecas

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Rosli Othman, 35, beralamat di FELDA Bukit Senggeh, ditemui dalam keadaan terlentang di sebuah bilik di rumah rakannya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata kejadian disedari rakannya selepas melihat mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

ARTIKEL MENARIK: Tak Tahan Kerap Di Pau Polis rm700 1malam..pemandu uber ni dedahkan identiti sebenar..rasakan kau..

loading...

"Di sisi mangsa, terdapat sebuah telefon bimbit, alat pengecas telefon serta wayar sambungan elektrik.

"Pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati tiada kecederaan lain.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Jasin dan hasil laporan kematian disebabkan degupan jantung tidak stabil," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Arshad berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan siasatan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Sumber: BH Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post