Akhirnya Identiti Isteri Kang Gary Terbongkar, Patutlah Gary Boleh ‘Jatuh Cinta’ Dengannya!

Akhirnya Identiti Isteri Kang Gary Terbongkar, Patutlah Gary Boleh ‘Jatuh Cinta’ Dengannya!

Apabila rapper, Gary mengumumkan telah berkahwin April tahun lalu, ramai peminatnya terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Akhirnya Identiti Isteri Kang Gary Terbongkar, Patutlah Gary Boleh ‘Jatuh Cinta’ Dengannya!
Akhirnya Identiti Isteri Kang Gary Terbongkar, Patutlah Gary Boleh ‘Jatuh Cinta’ Dengannya!

Bukan peminat sahaja malah rakan rapat beliau sendiri seperti ahli-ahli Running Man tidak tahu menahu mengenai hal itu.

ARTIKEL MENARIK: 70 Tahun yang Lalu Ada Kesesakkan Lalu Lintas Luar Biasa, Kemudian Semua Orang Balik dan Berjalan Pergi Meninggalkan Kereta Mereka! Dan Kini Kereta itu…(10Gambar)

loading...

.
Apatah lagi, Gary sebelum ini sering digosipkan bersama Song Ji Hyo semasa di Running Man dahulu.
Bukan itu sahaja, perkahwinan Gary seperti satu misteri kerana tiada satu pun gambar perkahwinan mahupun wajah isteri Gary muncul di medial sosial menjadikan peminat keliru adakah benar dia berkahwin atau hanya sekadar ‘imaginasinya’
Tidak cukup itu, Gary sekali lagi memberikan kejutan apabila mengumumkan kelahiran bayi sulungnya November 2017 dan teka-teki mengenai isterinya masih belum terhurai.
Bagaimanapun, baru-baru ini media Korea Selatan ada jumpa beberapa info mengenai isteri Gary itu.
Menerusi penyiasatan mereka, mendapati isteri rapper itu bergelar Miss Kim dan merupakan pekerja di syarikat Gary dan Gil, Leesang Company.
Isteri Gary sudah bekerja selama 5 tahun sebagai up-front di syarikat tersebut. Selain itu, dia juga dilahirkan pada tahun 1988 menjadikannya 10 tahun lebih muda daripada Gary.
“Setakat ini masih tiada gambar menjadikan wajah Miss Kim ini sebagai misteri. Dalam pada itu, orang dalam sendiri mendakwa tiada siapa tahu yang mereka ini berhubungan,” kata laporan tersebut.
Sejak berkahwin, Gary menyepikan diri daripada industri malah turut memadam semua foto di laman Instagramnya.
MH ada juga dengar spekulasi peminat yang mendakwa Gary sebenarnya termengandungkan anak orang, sebab itulah dia sorokkan siapa isteri dan anaknya. Tapi, bagi MH.. tidak kisahlah apa-apa pun asalkan dia bahagia.

sumber: MH

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post