15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

Tidak banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat terlarang di muka bumi ini. Bagi sesiapa sahaja yang nekad untuk mencuba masuk, pastinya nyawa mereka bakal menjadi taruhan.

15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi
15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

Berikut adalah senarai 15 tempat menarik yang paling terlarang di dunia untuk dilawati.

ARTIKEL MENARIK: Daripada Korang Mengeluh Susah Nak Dapat Rumah, Jom Baca Permohonan My Deposit Perumahan Negara

loading...

#1. Bohemian Grove, AS

Memiliki kawasan seluas 11 kilometer persegi, kawasan ini merupakan hakmilik kepada sebuah kelab di bandar San Francisco yang dikenali sebagai The Bohemian Club. Sejak 1899, kawasan ini menjadi sering dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin di dunia pada setiap bulan Julai.
Selama 100 tahun, segala aktiviti kelab ini dirahsiakan daripada orang awam. Terdapat desas-desus yang mengatakan The Bohemian Club ini sebenarnya ejen kepada Illuminati atau pun Freemason.

#2. HAARP, AS

Di Alaska, terdapat sebuah padang yang dipenuhi dengan pelbagai jenis antenna telah dibina di sebuah kawasan keluasan 13 hektar disebuah lembah yang tidak berpenghuni.
Teori konspirasi mencadangkan ini merupakan salah satu teknologi yang digunakan oleh pihak AS untuk mengawal suhu dunia, mematikan satelit dan mengawal minda manusia.

#3. Mezhgorye, Russia

Terletak di sebuah kawasan terpencil di pendalaman Rusia, terletaknya sebuah bangunan yang bermisteri. Daripada udara, kawasan ini kelihatan seperti kawasan yang telah ditinggalkan.
Namun terdapat desas-desus yang mengatakan kawasan ini sebenarnya merupakan sebuah pusat pembangunan senjata yang dibina di bawah tanah.

#4. Kronstad, Russia

Pada mulanya, bandar kecil ini yang terdiri daripada beberapa buah kubu dan pelabuhan telah dibina untuk mempertahankan St Petersburg daripada ancaman musuh.
Namun, setelah era peperangan telah tamat, kawasan ini menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke kawasan ini untuk melawat kubu ini.
Namun, hari ini, kawasan kubu telah pun ditutup untuk para pelancong atas sebab-sebab keselamatan.

#5. Gunung Athos, Greek Macedonia

Kawssan pergunungan yang hebat ini merupakan rumah kepada beberapa buah pusat keagamaan, namun but semua orang dibenarkan untuk datang ke kawasan ini untuk menikmati pemandangan yang hebat daripada puncak gunung itu.
Antara yang dilarang adalah wanita dan haiwan betina. Sebarang percubaan untuk melanggar peraturan ini akan menyebabkan individu itu dipenjara selama setahun.

#6. Peti Keselamatan Di Mana Resepi Coca-cola Disimpan

Dikatakan, terdapat hanya dua orang individu saja yang mengetahui rahsia kepada minuman popular ini. Resepi ini disimpan di ibu pejabat syarikat itu di bawah pengawasan yang ketat.

#7. Padang Pasir Danakil, Ethiopia

Dengan peperangan yang masih berpanjangan di sepanjang sempadan Ethiopia, kawasan ini telah ditutup dari pelancong.

#8. Motuo County, China, Tibet

Kawasan ini merupakan kawasan suci untuk penganut agama Buddha dan tiada jalan yang menghubungan dunia luar kepada kawasan ini.
Mereka yang mahukan ketenangan untuk bertapa harus mengharusi hutan belantara dengan berjalan kaki untuk tiba ke kawasan ini.

#9. Oymyakon, Rusia

Kawasan ini merupakan kawasan yang paling tandus dan paling sejuk di dunia dengan suhu paling rendah yang pernah dicatatkan -32°C.

#10. Kawasan Perlindungan Suku Javari, Brazil

Terletak di sempadan Brazil dan Peru, terdapat sebuah kawasan yang terpencil yang langsung terputus hubungan dengan tamadun moden.
Dianggarkan terdapat lebih 150 puak asli Indian yang merupakan keturunan kepada golongan hamba suatu ketika dahulu menetap di kawasan ini.

#11. Pulau Pitcairn, British

Di pulau yang terpencil ini, terdapat lebih kurang 50 orang yang menetap di sini. Mereka merupakan keturunan kepada kru kapal HMS Bounty.

#12. Cincinnati, Ohio, AS

Cincinnati Subwa merupakan rangkaian terowong keretapi bawah tanah yang terbesar yang pernah ditinggalkan. Terowong ini telah pada awal abad ke 20 tetapi telah ditangguhkan pembinaannya pada masa itu kerana masalah kewangan.
Sebenarnya kawasan ini masih boleh dikunjungi, tetapi hanya pada bulan Mei setiap tahun.

#13. Mekah dan Madinah

Kedua-dua kawasan ini merupakan tempat suci orang Islam dan hanya mereka yang bergelar Muslim sahaja yang dibenarkan untuk mengunjungi kedua-dua tempat ini.
Orang bukan Islam dilarang sama sekali daripada mengunjungi tempat ini dan mana-mana pesalah yang ditangkap akan dihukum mati.

#14. Lebuhraya Karakoram

Lebuhraya yang menghubungkan Pakistan dengan China ini terletak pada ketinggian 15,466 kaki. Namun lebuhraya ini telah ditutup kepada pengguna jalanraya akibat kejadian tanah runtuh dan runtuhan salji.

#15. Pulau Ular, Brazil

Pulau ini terletak kira-kira 90 kilometer di luar kawasan pantai Brazil. Sebarang aktiviti di pulau tersebut adalah diharamkan dan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan yang akan berlaku sekiranya manusia pergi ke pulau tersebut.
Pengharaman ini telah dilakukan oleh Tentera Laut Brazil sendiri. Terdapat juga pelbagai misteri dan khazanah alam yang masih belum diterokai di pulau tersebut.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post