Tikam Gadis 45 Kali, Remaja 15 Tahun Terlepas Hukuman Gantung..

Tikam Gadis 45 Kali, Remaja 15 Tahun Terlepas Hukuman Gantung..

Remaja lelaki berusia 19 dan 15 tahun didakwa di Mahkamah Masjistret Temerloh, hari ini, terhadap pertuduhan membunuh gadis berusia 14 tahun pada 25 Oktober lalu.

Tikam Gadis 45 Kali, Remaja 15 Tahun Terlepas Hukuman Gantung..
Tikam Gadis 45 Kali, Remaja 15 Tahun Terlepas Hukuman Gantung..

Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki yang juga pelajar kolej dan seorang lagi masih bersekolah didakwa membunuh Nur Amira Abdullah pada tarikh itu di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera, antara 1.10 pagi hingga jam 3.30 pagi.

ARTIKEL MENARIK: Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara dikalangan org yg berilmu. AlFatihah

loading...

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan Zamirul boleh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 15 tahun terlepas daripada hukuman berkenaan kerana masih di bawah umur dan dia boleh dikenakan sebatan, denda atau ditahan di sekolah khas mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh terbabit yang berasal dari Bera selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 24 Januari tahun depan bagi menunggu hasil laporan kimia dan bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post