Lelaki dibuang daerah potong gelang EMD

Lelaki dibuang daerah potong gelang EMD

LELAKI yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Rumbia, Alor Gajah, kini diburu polis selepas melarikan diri dengan memotong gelang peranti pemantauan elektronik (EMD) di pergelangan kakinya, semalam.

  Lelaki dibuang daerah potong gelang EMD
Lelaki dibuang daerah potong gelang EMD

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kehilangan suspek berusia 29 tahun itu disedari majikannya pada 1.50 tengah hari, semalam.

ARTIKEL MENARIK: Lahir sehari, bayi dibiar dalam almari stor

loading...

“Suspek yang ditempatkan di Rumbia bekerja di kebun dan kehilangan disedari majikannya sebelum dilaporkan kepada polis.

“Polis yang menerima maklumat kemudian ke rumah suspek dan hasil pemeriksaan dijalankan menjumpai gelang EMD yang dipercayai dipotong suspek,” katanya.

A Asmadi berkata, suspek sepatutnya menjalani perintah PCO di Rumbia, bermula 21 November lalu sehingga 20 November 2018.

“Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan polis termasuk di rumah keluarganya di Bakri, Muar, Johor.

“Berdasarkan rekod suspek mempunyai tiga rekod lampau masing-masing mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 457 KK dan Seksyen 411 KK,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana langgar syarat selain meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil memberi maklumat di balai polis berhampiran.



Sumber: Harian Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post