Kebakaran besar California sudah merebak ke Los Angeles

Kebakaran besar California sudah merebak ke Los Angeles

KEBAKARAN besar yang berlaku di California, Amerika Syarikat sudah merebak sampai ke Los Angeles. New York Times melaporkan, kepulan asap tebal, api yang menjulang tinggi, dan kebakaran yang pantas merebak telah melanda satu daripada bandar-bandar utama Amerika Syarikat pada hari rabu.

Kebakaran besar California sudah merebak ke Los Angeles
Kebakaran besar California sudah merebak ke Los Angeles

Ketika api marak di luar kawalan melintasi Selatan California, satu lagi kebakaran baru telah meletus, di Bel-Air sebuah daerah kejiranan Los Angeles, berdekatan dengan mercu tanda terkenal seperti Kampus U.C.L.A dan Muzeum Getty yang menempatkan lukisan-lukisan lama dan patung-patung Rom purba.

ARTIKEL MENARIK: Isu Baitulmaqdis: Hamas Isytihar Intifada Bermula Hari Ini

loading...


Los Angeles terbakar

Api dilapor telah meranapkan kawasan sepanjang laluan 405 Freeway, sebuah lebuhraya paling sibuk di negara itu yang dilalui lebih 400,000 buah kenderaan setiap hari. Di mana laluan bahagian utara seringkali ditutup, dan orang ramai memandu kenderaan sambil dihujani debu-debu kebakaran dan bara-bara api yang berterbangan

Los Angeles terbakar

Sekitar 40 batu ke arah barat daya, kebakaran besar masih berlanjutan dan setakat ini telah memusnahkan lebih 90,000 ekar kawasan pada malam khamis, dan sekurang-kurangnya 150 binaan kata sumber pihak bomba.

Kemaraan api yang baru ini telah memaksa hampir 200,000 penduduk di Los Angeles dan kawasan Ventura dipindahkan. Tiupan angin kencang dijangka akan memburukkan lagi keadaan.

Sumber — New York Times

Los Angeles terbakar

Read more: http://www.milosuam.net/2017/12/kebakaran-besar-california-sudah.html#ixzz50ZxSAt4Q

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post