Jatuh Dari Ketinggian 62 Tingkat Dan Merakam Sendiri Detik Kematiannya

Jatuh Dari Ketinggian 62 Tingkat Dan Merakam Sendiri Detik Kematiannya

Seorang peminat lelaki “adrenalin junkie” Cina yang berusia 26 tahun telah disahkan meninggal dunia lebih daripada sebulan selepas bintang online popular ini tiba-tiba berhenti menyiarkan video aksi ngeri panjat bangunannya di Weibo.

[Video] Punca Sebenar Kematian Si ‘Pemanjat Bumbung Pertama Di China” Terungkai.
[Video] Punca Sebenar Kematian Si ‘Pemanjat Bumbung Pertama Di China” Terungkai.

Polis mengesahkan yang lelaki tersebut, Wu Yongning telah jatuh dari bangunan Huayuan Hua Center, iaitu salah satu bangunan tertinggi di Changsha, ibukota wilayah Hunan, pada 8 Nov dan menyebabkan kematiannya.

ARTIKEL MENARIK: Inilah 10 Kes Jenayah Paling KEJAM Dalam Sejarah Malaysia ! Jangan TERKEJUT Dengan No.8 Tu !

loading...


Menurut keluarga mangsa kepada Xiaoxiang Morning Herald pada hari Sabtu, cabaran panjat dan gambar aksi atas bumbung tersebut datang dengan hadiah wang tunai 100,000 yuan (US $ 15,000)
Tiada butiran diberikan mengenai siapa penaja itu.
.
Wu, yang berasal dari Ningxiang di Hunan sebelum ini bekerja sebagai pelakon tambahan dalam filem sebelum beralih kerjaya sebagai pemanjat bumbung bangunan. Dia mula memaparkan eksploit dan aksi berani ekstrimnya Weibo, iaitu laman media sosial China, pada bulan Februari.
Dengan lebih daripada sejuta pengikutnya, Wu selalu menampilkan gambar aksi ekstrimnya di media sosial dan platform live streaming, dan followernya juga mula rasa curiga apabila Wu langsung tidak share apa-apa video lebih dari sebulan.
.
Kekasihnya, yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarga Fu, membuat laporan kepada polis pada 9 Nov selepas Wu gagal kembali, kata The Beijing News pada hari Isnin.
Menurut laporan media China, mayat Wu dijumpai oleh pekerja yang sedang membersihkan laluan jalan.
Bapa saudara Wu , Feng Shengliang, mengatakan yang Wu mungkin cuba mempertaruhkan nyawanya untuk membawa pulang wang hadiah itu.
.
“Dia sebenarnya merancang untuk melamar kepada teman wanitanya (sehari selepas cabaran),” kata Feng.
“Wu juga  sangat memerlukan wang untuk perkahwinannya, dan untuk membiayai rawatan perubatan untuk ibunya yang sakitnya.”

Wu terkenal dengan kebolehan memanjat bangunan pencakar langit tanpa sebarang alat keselamatan langsung, dan hanya bergantung pada “latihan seni mempertahankan diri dan perancangan yang teliti,” menurut salah satu catatannya di Weibo.
,
Dia telah berkongsi hampir 300 video pengembaraan dan aksi ngerinya di atas pelbagai bangunan di China, kata laporan itu.
Salah seorang rakan Wu, Charlie_7U yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama, mengatakan yang Wu kerap memaksa dirinya mencuba aksi-aksi yang kadang-kadang di luar batas kemampuannya, bahkan pernah menyelamatkan Wu sekali dari kemalangan semasa aksinya sebelum mereka berhenti panjat bangunan sama-sama.

Sumber : NST, Weibo, Tribunnews


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post