Siapa sangka di sebalik wajah cantik rupawan Syura, dia sebenarnya menyimpan satu kisah yang cukup misteri. Dia mengatakan sakit misteri itu membuatkan fokusnya dalam persaingan di Gegar Vaganza 4 (GV4) terkesan.
‘Dia Seram Apabila Melihat Saya’ – Dr Fadzillah Kamsah Kesan Sesuatu Tak Kena Dengan Syura? |
Menurut Syura, dia mula mengalami sakit itu ketika merakamkan lagu di Indonesia pada September lalu namun tambah serius selepas menyertai GV4.
ARTIKEL MENARIK: Gambar Peribadi Bersama Suami Dimuat Naik Akaun Instagram, Izreen Azminda Bakal Ambil Tindakan
loading...
Turun 12 kg tiba-tiba, hilang suara setiap pagi
Bayangkan, saya hilang berat badan hingga 12 kilogram (kg) secara tiba-tiba, sedangkan saya makan seperti biasa.
Saya juga kerap mengalami migrain, kebas badan di sebelah kiri malah suara saya juga ‘hilang’ setiap pagi.
Meskipun tidak mengambil kisah mengenai perkara itu pada mulanya, dia mula bimbang apabila ditegur oleh orang sekeliling mengenai sakit dialaminya. Malahan perunding motivasi terkemuka, Dr. Fadzillah Kamsah turut mengatakan ada sesuatu tidak kena dengan dirinya.
Saya sebenarnya tak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan dia, beberapa minggu lalu.
Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, senggugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya.
Untuk mengelakkan keadaan bertambah parah, penyanyi Nazam Berkasih ini akan mendapatkan pandangan dan rawatan dari pakar berkaitan.
Sumber: Sinar Harian
OhBulan!
Sumber : gempakzviral
Post a Comment