Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah

Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah

Dalam kesibukannya memenuhi jemputan syarahan agama di serata Lembah Klang, Azmil yang kini menetap di Shah Alam, Selangor rasa bahagia dapat menghabiskan kebanyakan masa senggangnya bersama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd. Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman.

Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah
Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah

Mengecapi kebahagiaan bersama ahli keluarganya di negara sendiri berbanding negara asing, Azmil akui kenikmatannya berbeza kerana jaminan keselamatan yang lebih tinggi di Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: Ozlyn Sahkan Hamil Anak Kelima

loading...

Namun begitu, Mega sempat mengajukan pertanyaan adakah pelakon itu tidak mahu langsung mencari jodoh terbaharu memandangkan dua perkahwinannya yang terdahulu berakhir dengan penceraian.
Diaju soalan sedemikian, Azmil tidak keberatan untuk menjawabnya. Jujur dia menjelaskan, jauh di sudut hati sememangnya nalurinya masih mahu lagi bergelar suami dan menghadiahkan ibu buat anak-anak yang dibesarkannya sendiri itu.
Bagaimanapun, dia akur, dalam keadaannya yang daif, apatah lagi tidak berharta, sukar baginya untuk melaksanakan misi mencari jodoh yang dimaksudkan.
“Wanita zaman sekarang ada antaranya menjadikan harta sebagai kriteria untuk memilih suami. Itu juga adalah salah satu tuntutan agama agar mencari pasangan yang bukan sahaja soleh, tetapi mempunyai latar belakang yang baik-baik termasuklah pekerjaannya.
“Bukan nak kata pekerjaan saya tak baik, tetapi ia tidak menjamin dari segi ekonominya disebabkan pendapatan yang tidak tetap. Siapa sahaja wanita yang mahukan suaminya seperti saya? Itulah kenyataannya yang sebenar-benarnya.
“Pun begitu, saya yakin masih ada wanita yang tidak mementingkan harta benda mahupun pangkat kerana jodoh itu berada di tangan Allah SWT. Jika sudah tertulis akan ada jodoh saya kelak, maka akan hadirlah wanita itu.
“Buat masa ini, saya serahkan segalanya kepada takdir dalam menentukan perjalanan hidup saya kerana Dia lebih arif akan makhluk dan masa depan saya,” komen Azmil menjawab perihal jodoh.
Bercerai kerana perubahan
Mengimbas kembali sejarah perkahwinan aktor yang pernah dinobatkan pelakon terbaik dalam satu majlis anugerah suatu ketika dahulu, dua mahligainya yang dibina musnah akibat perubahan yang berlaku dalam dirinya.
Yang pertama katanya, isterinya ketika itu tidak suka apabila Azmil menceburi bidang seni, manakala yang kedua pula tidak bersetuju apabila dia mahu bersara dan berubah untuk mendalami ilmu agama.
“Kedua-duanya diakhiri dengan penceraian disebabkan dua perubahan berbeza yang saya tempuhi. Jadi saya sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Akur dengan jodoh kami hingga takat itu sahaja dan saya reda,” katanya.
Azmil mendirikan rumahtangga dengan bekas isteri pertamanya pada awal kemunculannya di persada seni. Malah, ketika muncul dengan filem pertamanya, Mekanik, Azmil sudah pun berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Norshamira.
Manakala perkahwinan keduanya pula, Azmil dan bekas isterinya dikurniakan empat orang anak dan keempat-empat anaknya itu dijaga oleh Azmil sendiri setelah bercerai sejak Nur Alia Iman berusia empat bulan.
“Pernah juga ada wanita yang mahukan saya tetapi saya menolaknya dengan cara berhemah kerana tidak menepati ciri-ciri yang saya harapkan. Kalau boleh, biarlah bakal isteri saya nanti seseorang yang solehah yang mempunyai pegangan agama yang kuat,” katanya menamatkan perbualan pada petang itu.
Azmil Mustapha ialah antara pelakon era 80-an yang popular. Pernah mencipta nama dalam filem-filem seperti Mekanik, Ali Setan, Suara Kekasih dan Matinya Seorang Patriot, Azmil kini sudah tidak lagi menceburi industri hiburan pada usia 64 tahun dan lebih banyak menumpukan kepada aktiviti keagaan dan berdakwah setelah bertaubat.
Namun begitu, Sinar Harian telah menanyakan pada Azmil mengenai anak gadisnya yang dikenali ramai sebagai seorang model muslimah. Azmil punya jawapan tersendiri untuk persoalan tersebut:
Benar, dia seorang model. Sekarang pun masih ‘shooting’ lagi. Bukan saja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.
Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT
Azmil tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka ialah ke arah bidang seni:
Anak saya muda lagi, minat ke arah itu… jadi kita ok sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidang ini juga.
Tak apalah, doa yang baik-baik saja.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Azmil mempunyai anak perempuan, Nur Shamira, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Manakala dengan isteri kedua pula, dia kurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alya Iman, yang merupakan seorang model.
Kedua-dua perkahwinan itu bagaimanapun tidak berkekalan.
Sebelum Ini Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara.
Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam.
“Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.
“Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.
“Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja,” katanya.
Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama.
Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama, namun hasratnya itu tidak tercapai kerana undang-undang tidak membenarkan warga asing memiliki sebarang tanah di negara itu.
Gambar saat popular Azmil.
Hal tersebut membuatkan pelakon yang popular dengan filem Ali Setan itu membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.
Kata Azmil, sejak pulang ke Malaysia, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun menolaknya kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan dirinya sekarang.
“Kali terakhir saya berlakon adalah pada tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang, itupun tidak ramai yang menyedarinya.
“Dan kemudian, saya tidak mahu lagi berlakon. Tetapi masih lagi ada penerbit menawarkan watak pada saya. Bukannya apa, mengenai kerja-kerja lakonan, banyak perkara yang saya perlu lihat, daripada segi watak, skrip serta cara kerja produksi. Semua itu penting bagi saya,” ujarnya.
Sementara itu, Azmil berkata, dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi program Selebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa.
Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker.
Semasa era kegemilangannya Azmil berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.
Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post