[Video] Shuib Menangis, Jep Dan Rahim Sedih Shuib Umum Tinggalkan Sepahtu Sinar

[Video] Shuib Menangis, Jep Dan Rahim Sedih Shuib Umum Tinggalkan Sepahtu Sinar

Penyampai radio Sinar. fm, Shuib tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada stesen radio berkenaan.

[Video] Shuib Menangis, Jep Dan Rahim Sedih Shuib Umum Tinggalkan Sepahtu Sinar
[Video] Shuib Menangis, Jep Dan Rahim Sedih Shuib Umum Tinggalkan Sepahtu Sinar

Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.

“Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini… Sinar.fm selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini.

“Selepas dua tahun berada di Sinar.fm bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.

“Saya sayang SINAR. Fm, di beri peluang menjadi penyampai radio di sini untuk segmen pagi, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya.

ARTIKEL MENARIK: Suami Buat Pendedahan Penuh Bagaimana Kanser Elyana Boleh Sampai Tahap 4

loading...

“Tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar.fm,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar.fm melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas terpampang wajah sedih Jep dan juga Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.



Video itu juga turut merakamkan rakaman suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.

Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi Sarah Raisuddin yang sedang sakit.

Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Foto: IG Shuib / Facebook SINAR.FM

Sumber : gempak

Kredit – Ceritaviralhq.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post