Bagi yang mengikuti pelakon Zarina Zainuddin, pasti tahu akan anak-anaknya, Azal dan Azil yang menghidap Autisme. Walaupun dilahirkan tidak sempurna, namun ramai netizen yang suka melihat telatah mereka khususnya Azal. Jika dilihat Instagramnya, Azal ini seorang yang suka bermesra dengan artis-artis Malaysia. Malah, artis-artis ini sudi sahaja melayan si Azal ini.
[VIDEO] ‘Keluar..I Don’t Want To See Your Face’ – Anak Autisme Zarina Zainuddin Dakwa Dihalau Zul Ariffin? |
Namun, baru-baru ini heboh di ruangan media sosial video Azal memberitahu dia telah ‘dihalau’ keluar seorang pelakon Malaysia ini. Betul ke?
ARTIKEL MENARIK: [12 FOTO & 3 VIDEO] Sekitar Majlis Pertunangan Fattzura
loading...
‘Keluar, I don’t want to see your face anymore’
Dalam video dimuatnaik pemilik Ridz Okumura Salon , Azal mendakwa pelakon Zul Ariffin telah memarahinya dan menghalaunya keluar. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan Azal itu. Boleh jadi tidak benar dan sahaja dibuat-buat.A post shared by SALON 0358911402/ 0380217869 (@ridzokumura) on Nov 23, 2017 at 2:02am PST
Walau bagaimanapun, video itu rata-rata telah membuatkan netizen menyelar tindakan pelakon itu sebagai biadap dan tidak berperikemanusiaan terhadap anak istimewa itu.
Kami harap dakwaan ini tidak benar memandangkan Zul Ariffin merupakan seorang artis yang terkenal dan mempunyai ramai peminat. Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Zul sendiri.
Boleh jadi Zul Ariffin lain yang dimaksudkan oleh Azal, entahlah!
Sumber: Ridzokumura via Eraviral
Post a Comment