[VIDEO] Allah, umi, abah perkataan terawal keluar dari mulut Muhammad Faiz

[VIDEO] Allah, umi, abah perkataan terawal keluar dari mulut Muhammad Faiz

Tiga kalimah keramat iaitu ‘Allah’, ‘umi’; dan ‘abah’ menjadi perkataan terawal keluar dari mulut pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir setelah 168 hari terlantar di hospital.

[VIDEO] Allah, umi, abah perkataan terawal keluar dari mulut Muhammad Faiz
[VIDEO] Allah, umi, abah perkataan terawal keluar dari mulut Muhammad Faiz

Muhammad Faiz ,17, adalah salah seorang daripada tujuh pelajar dan guru sekolah itu yang terselamat dalam kemalangan jalan raya yang meragut tujuh nyawa pada Ramadan lalu.

Menurut ayahnya, Mohd Izahir Kassim, 49, anak kedua daripada lima beradik itu tiba-tiba sahaja kedengaran memanggil nama dia dan isterinya, Jahsuriawany Mustapha, 45, awal pagi semalam.

ARTIKEL MENARIK: Mereka Yang Menjual Dan Membeli Kereta Sambung Bayar Akan Di Denda Rm30,000 Dan Penjara 3 Tahun!! [Zahid]

loading...

“Syukur sangat-sangat kerana sudah lama kami sekeluarga menunggu untuk dengar suara Faiz, sejak sedarkan diri awal Julai lalu dia sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.

“Walaupun tidak boleh bercakap sempurna lagi dan hanya kedengaran bunyi yang perlahan, kami anggap ia sebagai hadiah tidak ternilai.

“Sudah lebih lima bulan anak kami berada di hospital dan inilah kali pertama kami mendengar suaranya mengulang-ngulang nama Allah dan memanggil umi dan abah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 2 Jun lalu, van yang dinaiki 14 pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al Hashimi dalam perjalanan ke program tadarus al- Quran di Kota Bharu telah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai sehingga meragut nyawa tujuh daripada mereka iaitu Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 ; Sarifuddin Muhammad, 14; Ahmad Farhan Zul­kif­li, 14 dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.


Akibat kemalangan itu, Muhammad Faiz Hafizuddin mengalami pendarahan dalam kepala selain patah di dua tempat pada tulang belakang sehingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan skru.

Sementara itu, Mohd Izahir memberitahu, anaknya yang kini ditempatkan di Wad 1 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Kubang Kerian dijangka akan keluar daripada hospital awal bulan hadapan.

“Perkembangan kesihatan Faiz semakin baik cuma dia masih bergantung kepada tiub untuk memasukkan susu sebagai bekalan makanan.

“Faiz faham apa kita katakan kepadanya dan boleh mengikut apa yang kita mahu dia lakukan, kedua-dua tangannya boleh diangkat dan bergerak begitu juga jari-jari kakinya,” katanya lagi.


Sumber: Utusan Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post