Tertunduk dengar hukuman mati

Tertunduk dengar hukuman mati

Seorang pencuci kereta hanya mampu tertunduk selepas berdepan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh sepupu perempuannya di Taman Temerloh Makmur, Temerloh, 21 Oktober lalu.

Tertunduk dengar hukuman mati
Tertunduk dengar hukuman mati

Iskandar Zulkarnain Zolkifli, 26, didakwa membunuh Robiatul Ain Mohamod, 27, di sebuah rumah di Jalan Temerloh Makmur 3, Taman Temerloh Makmur, Temerloh, antara jam 8.30 hingga 9 malam, 21 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh apabila tuduhan tehadapnya di dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Najwa kemudian menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada tawaran ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

ARTIKEL MENARIK: 6 gambar: Lelaki bakar diri,isteri & dua anak gara-gara hutang

loading...

Media sebelum ini melaporkan Robiatul Ain ditemui tertiarap di ruang tamu rumahnya dengan kesan ditikam pada muka serta bahu selepas dipercayai bertengkar dengan tertuduh.

Kejadian berpunca apabila mangsa dikatakan menuduh lelaki berkenaan mencuri.

Siasatan polis menemui pisau dan gunting dipercayai senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dalam kejadian itu.

Pada prosiding sama, tertuduh juga mengaku bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis morfin dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada 22 Oktober lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post