Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu kini dikhabarkan sibuk dengan rancangan realiti di Indonesia, D’Academy Asia musim ke 3.
Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia |
Mas Idayu merupakan salah seorang juri tetap rancangan yang menggabungkan peserta dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Baby Shima Menangis
Malah melihatkan Shima teruk dimarahi, salah seorang juri program itu turut naik ke pentas dan menenangkan perasaan Shima.
ARTIKEL MENARIK:
loading...
Video Tular, Mas Idayu Dikecam
Sejak semalam video tersebut telah tular dan mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.
“Ada nampak Mummy senyum? Shima jangan senyum..Apa Shima buat malam ini? Mummy dengar, masuk ‘pitching’ jahanam semua,”
Rata-ratanya komen dari netizen tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau malah ada yang turut memperkatakan kelantangan Mas Idayu mencerminkan budaya Malaysia yang seperti tiada adab.
Lebih mengejutkan lagi, tidak lama kemudian Mas Idayu terpaksa dipapah keluar dari pentas itu dan dipercayai kerana begitu tertekan.
Jangan Salahkan Mas Idayu
Dalam sumber lain, Shima berharap netizen tidak menyalahkan Mas Idayu. Baginya beliau tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada guru nya itu.
“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah. Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,”
Bagi kami, Mas Idayu memang dikenali sebagai seorang mentor dan guru yang hebat dan garang Lihat saja Black dahulu yang dirotan oleh Mas Idayu, hasilnya beliau kini dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan terkenal.
Cuma pada pendapat kami, kelantangan beliau di D’Academy Asia agak sedikit tegas dan mengejutkan ramai pihak.
Sumber: Hangat.com
Post a Comment