Kepedulian netizen terhadap pengumuman Elyana tentang derita barah limfoma tahap empat yang dihidapinya menjadi ekstrim apabila isu penyanyi itu tidak berhijab diperdebatkan.
“Saya Terima Nasihat Anda, Moga Sampailah Doa-Doa Itu” – Diperlekeh Tidak Bertudung, Elyana Jawab Kecaman Netizen |
Ada segelintir netizen tampil berani dan lantang menegur penampilan Elyana yang masih belum berhijab di media sosial terutama Instagram Elyana sendiri.
Bagaimanapun, Elyana melihat isu yang dibangkitkan oleh netizen itu bersifat satu doa yang menyerunya ke arah kebaikan.
ARTIKEL MENARIK: Baju Uqasha Tidak Seksi Cuma Nampak Bentuk Badan, Ia “Aset” Yang Dikurniakan Tuhan Untuknya – Hefny Sahad
loading...
“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.
“Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.
“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,” tutur Elyana kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengkritik penampilannya tidak bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.
“Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.
“Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.
“Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,” tambah Elyana lagi.
Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.
Susulan itu, netizen yang kurang sensitif dengan keperitan dan penderitaan yang dialami Elyana meluahkan kata-kata negatif termasuk mempertikaikan imej Elyana tidak berhijab.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @elyanaofficial
Post a Comment