Remaja hilang balik rumah ,selepas penat bersiar-siar dengan rakan

Remaja hilang balik rumah ,selepas penat bersiar-siar dengan rakan

Muar:Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang Jumaat lalu, didakwa telah pulang dengan selamat bertemu keluarganya awal pagi tadi.

Remaja hilang balik rumah ,selepas penat bersiar-siar dengan rakan
Remaja hilang balik rumah ,selepas penat bersiar-siar dengan rakan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang memaklumkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu telah pulang ke pangkuan keluarganya pada jam 2pagi tadi.

“Berdasarkan laporan daripada keluarga, tiada sebarang kecederaan ditemui terhadap remaja terbabit dan kita mengesahkan ia tiada kaitan unsur jenayah dalam kejadian ini.

ARTIKEL MENARIK: “Dia Lari” – Wanita Dakwa Lahirkan Anak Pelakon!

loading...

“Malah, remaja berkenaan juga dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja tingkatan satu dilaporkan hilang selepas memaklumkan kepada keluarga untuk ke rumah rakan sekolahnya bagi membuat tugasan sekolah.

EBerita


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post