Mandi Wajib lepas bersalin : Wiladah & Nifas, Sunat ke Wajib? Suami Perlu Tahu
Mandi Wajib lepas bersalin : Wiladah & Nifas, Sunat ke Wajib? Suami Perlu Tahu |
Assalamualaikum semua!
Semalam kita dah gali sket ilmu pasal solat selepas tanda bersalin keluar. Kalau ada yg tak baca lagi boleh la rujuk ke Solat Lepas Pecah Ketuban Wajib ke? ni. Saya dah kupas dan rujuk website berkaitan dan jugak bersandarkan ilmu agama yg tak seberapa ni. Hehe.
So arini apa kata kita gali pulak pasal mandi wajib lepas bersalin.
Pernah dengan Mandi Wiladah atau Nifas? Haaaa. Kalau sebelum ni tak tau, molek sangat la refer sini. Kadang2 kita terlepas pandang benda ni kan. Dulu saya pon takde la nak mencarik sangat ilmu2 gini. Tapi kali ni kalau boleh nak tunaikan kewajipan selagi mampu. Insya Allah.
So apa bezanya Mandi Wiladah dan Mandi Nifas ni?
Mandi Wiladah ni adalah mandi wajib yang kita buat selepas kita melahirkan anak. Perkataan wiladah tu sendiri lahir dari kata dasar Wa La Da. Orang yg belajar Bahasa Arab pandai la bab ni. Saya tak berapa pandai. Tapi boleh la. Kata belaja sekolah agama. Pastu masuk UIA amik LLBS. Kih kih. Takat kata dasar ni boleh lagi la. =P
So mandi wiladah ni kita lakukan selepas kita melahirkan kandungan dan keadaannya adalah bersalin yg takde darah. Diwajibkan ke atas kita bersandarkan pada Ijtihad dan Qias, bukannya berdasarkan kepada Nas.
ARTIKEL MENARIK: Dari Mana Punca Air Sungai ? Jawapan AL QURAN Sangat MENAKJUBKAN. Subhanallah
loading...
Kenapa ada istilah mandi wiladah ni?
Sebab bukan semua wanita bila melahirkan anak akan keluar darah nifas. Contohnya macam yg bersalin czer. Kadang2 darah nifasnya tak keluar. Maka dia kenala mandi wajib jugak. Cuma mandi wajib tu dinamakan mandi wiladah. Tapi kebiasaannya darah nifas akan keluar jugak walau macam mana sekali pon cara kita melahirkan anak. Dan dalam kes2 bila ada keguguran tak kira la janin tu dalam bentuk darah beku ataupon seketul daging.
Kalau ikutkan pendapat Imam Syafie, maksud wiladah ni merujuk kes tertentu sahaja. Apa kes tu? Bila wanita melahirkan anak tanpa darah nifas dan termasuk wanita yg mengalami keguguran.
Wanita yg melahirkan anak ni sebenarnya ada 3 keadaan :
Kalau dia melahirkan anak tanpa diiringi nifas, maka WAJIB mandi wiladah sahaja & wajib solat selepas tu walaupon masih dalam pantang.
Kalau dia melahirkan anak dengan diiringi nifas serta merta, maka WAJIB baginya mandi nifas sahaja selepas kering darah nifas & wajiblah dia mendirikan solat selepas tu.
Kalau dia melahirkan anak pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah & mendirikan solat. Kemudian kalau darah nifas datang dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, maka berhentilah solat dan wajib mandi nifas bila darah nifas kering. Lepas tu baru solat.
Faham tak? Mudah je kan?
Nifas pulak acaner?
Mandi wajib kerana nifas adalah disebabkan darah nifas tu sendiri. Lepas je darah nifas tu berhenti atau kalau tak berhenti, masa sederhana yg dianggap darah tu darah nifas adalah minimum 40 hari dan 40 malam dan maksimum 60 hari 60 malam.
Maksudnya kalau lebih 60 hari darah masih tak berhenti, maka itu bukanlah darah nifas lagi. Kita wajib mandi nifas ok!
Darah yang keluar bersama dengan baby semasa proses kelahiran tu sebenarnya statusnya menjadi khilaf ulama'.
Mazhab Syafie berpendapat, ianya bukan darah nifas tapi darah penyakit. Mazhab Syafie meletakkan syarat bagi darah nifas, hendaklah darah tu keluar selepas rahim kita kosong sepenuhnya. Maknanya baby dah keluar sepenuhnya daripada rahim kita. Kalau sebahagian ke badan baby yg keluar dan masih ada separuh lagi yg belum keluar walaupon sedikit, maka darah yg keluar tak dianggap darah nifas. Macam kes anak kembar la. Kalau sorang lagi kat dalam perut, darah yg keluar tu bukannya darah nifas lagi.
Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali, darah tu dah dikira sebagai darah nifas. Once proses kelahiran berlangsung maka darah yg keluar tu darah nifas sekalipon baby belum keluar dengan sempurna.
Kesimpulannya, darah nifas ni apa dia?
Darah yg keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak walaupon setitik.
Darah yg keluar daripada rahim dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, minimum 40 hari dan maksimumnya 60 hari.
Maka, darah yg keluar selepas 15 hari bersalin BUKAN darah nifas dah. Tapi darah Haid.
Bila waktunya kita nak mandi wiladah & nifas ni?
Meh saya ingatkan sekali lagi ok.
Takde istilah kita kena mandi 2 kali. Kalau kita bersalin tanpa darah dan lepas tu takde darah nifas, maka kita mandi la Wiladah.
Kalau kita bersalin (bersalin tu maknanya kita ada hadas kan) kemudian tu ada darah nifas (nifas tu hadas yg kedua), maka kita tunggu darah nifas kering dan mandi sekali je.
Tak payahla nak mandi wiladah dulu pastu nifas pulak. Macam tak logik. Sebab kita bagi contohla dengan hadas kecik ye. Kita dah ambik wudhu, kemudian kita pergi toilet kencing. Dah batal wudhu kan? Masa nak keluar toilet kita terlanggar tangan suami. Pastu kita masuk bilik tido pengsan. Berapa kali kita kena berhadas kecil balik? Sekali je la kan. Takkan nak amik wudhu sampai 3 kali. Kih kih.
Islam tu kan mudah dan memudahkan. Kenapa nak mandi banyak kali pulak ye tak?
So agak2 faham tak?
Kalau nak faham lagi boleh refer Kitab Al-Wajiz Fi Al-Fiqh Al-Islami karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Kalau tak faham boleh comment kat bawah atau roger saya ok. Atau kalau nak membetulkan apa yg salah pon silakan. Saya pon belajar mengkaji jugak ni. Hehe.
Satgi kita jumpe lagi. Saya nak share testimoni best sangat!
#copypaste
mmg betul pun,time aku lahirkan ank dulu pun,kuar je dri labour room,stgh jam lepas tu aku terus mandi wiladah..sbb tu mmg wajib!take note ye kwn2..
p/s: sharing is caring..😀
WANITA WAJIB MANDI WILADAH
Mei 23, 2010 · oleh Admin · in Wanita
WAJIB MANDI WILADAH SELEPAS LAHIRKAN ANAK
Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum, Selamat membaca dan jadikan lah amalan,
dan semoga dapat memberitahu rakan dan taulan yg lain……
Salam… sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini
dimanfaatkan bersama..Insya- ALLLAH…
Memang betul kenyataan tentang ‘Mandi Wiladah’ itu..
kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month.
MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini….
tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi
Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.
Siapa-siapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…
Nauzubillah’minzaliq…Wallahua’lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini ,
kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui.
Utk pengetahuan semua,
perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan
disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi…..
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini…..
Perkara penting yang most women ignored…to tell you the truth..
I’ve talked to several ladies…and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after
bersalin nie…bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar….
reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci…
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tidak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas
melahirkan anak.
Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak…
MasyaAllah.
Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang WAJIB diketahui oleh semua orang.
Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan rasa semua orang tahu.
kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana
tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.
Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan
ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR:
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan :
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.
SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SETIAP WANITA ISLAM WAJIB 2 MANDI:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar).
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.
Saya teringat orang tua-tua kita tidak beri orang dalam pantang itu mandi basahkan kepala,
takut masuk anginlah, sejuklah… saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang,
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan itu SEKALI saja setiap kelahiran.
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu,
cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas…
kita tak suruh mandi dengan air sejuk.. cuma pastikan air itu tak menjadi air musta’mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tidak ambil remeh perkara ini!
Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik perempuan.
dan yang perempuan tu ingatkan lah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah
Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal ‘remeh’ walaupun ini sebenarnya tak remeh.
Mudahan dapat di amalkan bersama.
Wallahua’lam.
SELAMA NI X BERAPA JELAS
HARI NI SEMUANYA JELAS
Sumber - http://friscomedia.blogspot.my
Post a Comment