Majlis pertemuan semula atau reunion sering dianjurkan oleh masyarakat pada hari ini, dan seakan sudah menjadi kebiasaan apabila bertemu sahaja dengan rakan lama pasti “reunion” tidak akan ketinggalan untuk diperkatakan.
Kerana Reunion Dengan Bekas Kekasih, Isteri Dan Anak Mati Ditetak Suami. (VIDEO) |
Ada kebaikannya bertemu semula dengan rakan-rakan lama kerana hanya dengan cara itu boleh mengimbas kembali cerita ketika sekolah mahupun kehidupan kampus.
Namun ada bahayanya reunion ini kerana setiap kelompok pasti ada bekas kekasih lama yang turut menghadiri majlis yang sekian lama dinantikan. Awas detik pertemuan semula dengan kekasih yang lama terpisah kerana sering terdengar kecurangan atau perselingkuhan terjadi setelah itu. Ataupun pasti ada yang akan rasa cemburu apabila mengetahui ada si dia yang sebelumnya akan turut hadir.
ARTIKEL MENARIK: Ingat Lagi Murid Dirantai Tong Gas? Keputusan Mahkamah Terkini Buat Ramai SEBAK
loading...
Di Jalan Raden Fatah Gang Hasyim, Kelurahan Sudimara Selatan, Kecamatan Ciledug, Kota Tangerang, Indonesia, 14 /09/17 Pukul 9.30 pagi, satu kejadian bunuh telah berlaku ke atas seorang wanita dan anaknya berusia 16 tahun.
Mereka yang terlibat masih belum diketahui namanya (sumber juga tidak mengatakannya), tetapi berlaku disebabkan sang isteri iaitu korban telah menghadiri sesi reunion SMA (Sekolah Menengah Atas) atau sekolah menengah jika di Malaysia.
Dan mereka yang hadir termasuklah mantan kekasih sang isteri yang telah lama terpisah.
Setelah beberapa hari, isterinya sering bersama dengan telefon pintarnya seolah ada sesuatu yang tersembunyi, dan ini membuahkan ketidak puas hatian si suami (tertuduh).
Akhirnya suami itu meluahkan rasanya sehingga menimbulkan situasi panas dan mencetuskan pergaduhan mereka suami isteri.
Suami akhirnya hilang kesabaran lalu mengambil sebilah parang untuk menetak isterinya, dan dalam keadaan huru-hara tersebut, anak mereka berusia 16 tahun (jantina tidak dinyatakan) cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Malangnya sang suami tidak lagi berfikir panjang lalu menetak isterinya hingga mati, dan disusuli dengan menetak anaknya juga telah terbunuh dalam kejadian itu.
Kedua mayat mangsa ditemui dan dibawa ke Rumah Sakit Bhakti Asih, dan pembunuhnya akhirnya berjaya ditangkap beberapa jam selepas itu.
Post a Comment