“Kalau tersingkir biar dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya..” – Raja Azura

“Kalau tersingkir biar dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya..” – Raja Azura

Minggu lepas Raja Azura berada di tempat terkahir dalam kedudukan peserta yang bertanding di pentas Gegar Vaganza musim ke-4.

“Kalau tersingkir biar dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya..” – Raja Azura
“Kalau tersingkir biar dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya..” – Raja Azura

Berentap dengan penyanyi yang hebat untuk Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pengacara dan penyanyi Raja Azura menegaskan dia sentiasa bersedia jika disingkir awal.

Raja Azura akui dengan sebarang kebarangkalian untuk penyingkiran peringkat awal.

Kata Raja Azura, dia tidak kisah penyertaannya dalam GV4 dianggap sebagai ‘pengisi ruang kosong’, namun selagi dia masih bertanding dia akan cuba memberikan persembahan yang terbaik.

Ini komen dari Raja Azura:

ARTIKEL MENARIK: Seorang Lagi Wanita Bengang Dengan Perangai Shahir, Dedah Perbualan Whatsapp

loading...


“Saya kena buat yang terbaik! Kalau tersingkir pun biarlah dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya.

“Setiap pertandingan ada menang dan kalah, kalau tiada yang kalah bila pula akan habis?

“Bintang yang tersingkir tidak semestinya tidak bagus, rezeki di luar program GV4 masih ada. Sekurang-kurangnya selepas ini kalau ada tawaran untuk saya mengacara, penganjur pun sudah tahu saya juga boleh menyanyi,”

Walaupun tempat tercorot pada minggu pertama, Raja Azura tidak patah hati dan berputusa asa.

Pada minggu ini, Raja Azura akan menyanyikan lagu Apa Yang Ku Cari (nyanyian asal Endang S Taurina) dan akan berusaha bersungguh-sungguh.



Ini komen Raja Azura menerusi ruangan instagram miliknya semalam:

“Cheritera” APA KUCARI” disebalik senyuman semakin bergegar, “

Semakin banyak Ilmu baru yg sy pelajari.. Diusia 45tahun

Masih ada yang saya tidak tahu… Kerjaya 80peratus sebagai pengacara terus bertukar memberanikan diri untuk berdepan dengan golongan penyanyi professional

Terasa kecil diri ini tapi saya tidak malu untuk terus belajar.

Bangga dapat berkerja dengan Tok Ram dan seluruh warga kerja team Gegar Vaganza mereka ini semua hebat membawa watak masing disebalik tabir… Dgn cemerlang

Setiap malam saya renung bagai mana harus seiring dengan mereka…

Terima kasih Cikgu Shafi, adik Alam Wakaka halalkan ilmu yang diajar…

Insyallah saya buat apa yang termampu… Tanggung jawap jadi semakin besar…

Belajar diwaktu yang singkat … Insyallah Doakan saya buat yang terbaik atas nama “Apa Kucari”

Malam ini akan berlangsung Gegar Vaganza minggu kedua. Jangan lupa saksikan.

Sumber: AStroGempak / IG Raja Azura

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post