Individu Mahu Agih 500 Pek Kondom Percuma Untuk Bantu Bendung Seks Bebas Di Kelantan

Individu Mahu Agih 500 Pek Kondom Percuma Untuk Bantu Bendung Seks Bebas Di Kelantan

Kes pembuangan bayi semakin menjadi-menjadi di negara kita. Kadar pembuangan bayi yang meningkat ini kebanyakannya berpunca daripada gejala seks bebas yang semakin menular dan sukar dibendung. Oleh demikian, ada segelintir individu mendapat idea untuk membendung hal ini dengan cara yang salah.

Individu Mahu Agih 500 Pek Kondom Percuma Untuk Bantu Bendung Seks Bebas Di Kelantan
Individu Mahu Agih 500 Pek Kondom Percuma Untuk Bantu Bendung Seks Bebas Di Kelantan


Menurut mStar, seorang pengguna Facebook popular di Kelantan telah memuat naik satu status yang mengumumkan bahawa pihaknya nekad mahu mengagihkan 500 pek kondom secara percuma walaupun mendapat tentangan ramai.

ARTIKEL MENARIK: “Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”

loading...

1.png

Status yang mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen itu juga menyatakan bahawa kondom tersebut sudah tersedia dan hanya menunggu waktu sahaja untuk dibahagikan kepada orang awam.

Percaya bahawa tindakannya adalah langkah yang tepat bagi membendung gejala seks bebas dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa, individu tersebut juga memohon supaya bakal penerima kondom menyediakan nama dan nombor telefon kepadanya atas tujuan memudahkan pengagihan kondom yang seterusnya.

2.png

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara yang diusulkan oleh individu tersebut kerana menganggap tindakan yang bertopengkan ‘khidmat masyarakat’ itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan kerana menggalakkan perbuatan zina dan aktiviti maksiat.


Ni nak menggalakkan zina namanya. Zina tu dosa berat. Kalau kita galakkan, lagi teruk padahnya,” kata seorang netizen.

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa kondom mudah didapati di kebanyakan kedai serbaneka jika tidak diedarkan secara percuma sekalipun.

3.jpg

Seorang penceramah bebas, Syamsul Amri menegaskan bahawa banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk membendung seks bebas dan pembuangan bayi bukan berpunca daripada hubungan seks luar nikah yang tidak menggunakan kondom semata-matatetapi terdapat pelbagai lagi faktor lain.

“Tak semestinya mereka yang mengandung luar nikah sahaja yang buang bayi, ada juga kes melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. Ini isu sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.”

4.jpg

Syamsul percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik dan pendidikan tentang kesan seks bebas kepada golongan kanak-kanak serta remaja adalah lebih baik daripada pengagihan kondom kepada orang ramai.

Semoga individu terbabit fikir masak-masak sebelum meneruskan ideanya…

Sumber: http://lobakmerah.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post