JOHOR BAHRU: Majlis Berandam Surai buat putera sulung Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat dilangsungkan di Istana Bukit Serene, dekat sini hari ini.
[FOTO Diraja] Gelagat Tunku Khalsom Mencuit Hati…Majlis Berandam Surai pewaris takhta Johor selamat dilangsungkan. |
Waris Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam iaitu Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, diputerakan pada 14 Oktober lalu.
ARTIKEL MENARIK: “Kalau Sayang Malaysia, Kenapa Duduk Luar Negeri?” – Jawapan Permaisuri Johor ‘Berdebat’ Dalam FB Memang Win!!
loading...
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (lima dari kanan) bersama keluarga diraja Johor semasa Majlis Berandam Surai untuk putera sulung Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini . – Foto Royal Press Office
Majlis diserikan lagi dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Berangkat sama, anakanda yang lain, kerabat Diraja Perak serta Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, selain Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Omar dan EXCO Kerajaan Johor.
Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Sultan Johor dan Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti anakanda serta Mohamed Khaled Nordin dan isteri.
Gambar majlis itu dimuat naik menerusi Facebook (FB) Sultan Ibrahim petang tadi.
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim adalah anakanda kedua Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda yang mempunyai anakanda sulung, puteri yang diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Sumber – Southern Johor Tigers
Post a Comment