Dua mayat pelajar tingkatan satu ditemui

Dua mayat pelajar tingkatan satu ditemui

Mayat dua pelajar tingkatan satu yang dihanyutkan arus berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, Kuala Lumpur, Isnin lalu, ditemui hari ini.

Dua mayat pelajar tingkatan satu ditemui
Dua mayat pelajar tingkatan satu ditemui

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman@Hussaini berkata, mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Amran dan Mohd Rafiuddin Fakhrullah ditemui di lombong Projek Perumahan Rakyat Muhibah kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat Muhammad Syafiq ditemui pada jam 7.40 pagi dan mayat Mohd Rafiuddin pula pada jam 8.03 pagi.

ARTIKEL MENARIK: Dendam kahwin paksa, wanita racun suami dan 12 ahli keluarga suami dengan susu beracun

loading...

“Dua mayat terbabit ditemui dalam keadaan telungkup di permukaan air dengan jarak lebih kurang 50 meter antara satu sama lain.

“Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat dan pengecaman oleh keluarga masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post