“Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”

“Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”

“Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”

“Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”
“Cukup-cukuplah Kau Hina Nabi Kami Wahai Kak Asiah”



ARTIKEL MENARIK: [Video] Mengapa Puteri Arab Saudi Tidak Bertudung..? Ini Jawapan Sendiri Dari Puteri Ameerah.

loading...

1. Ramai yang meminta saya mengulas dakwaan-dakwaan si fulanah yang kebelakangan ini kerap menyerang Nabi SAW kita yang tercinta.

Jawapan saya, tidak perlulah saya menjawab secara ilmiah panjang lebar kerana ia merupakan tohmahan-tohmahan lapuk para orientalis dan golongan anti-hadis yang sejak dahulu kerap menjadi modal mereka “menjatuhkan” Nabi SAW sekaliguskan meranapkan kedudukan sunnah sebagai sumber syariat.

Keduanya, tohmahan dan dakwaan tersebut langsung tidak ilmiah atau berlandaskan fakta yang kukuh melainkan persepsi dan prejudis yang timbul hasil dari kelompongan disiplin ilmu pendakwanya.

2. Cukuplah sebagai jawapan ringkas saya:

a) Katanya: “Apabila perkahwinan Nabi dengan kanak-kanak menjadi isu, tiba-tiba Aisyah berusia 18 tahun ketika dinikahi Nabi”.

Saya katakan:

Sejak bila tiba-tiba jadi begitu? Si fulanah tidak tahukah tentang perbahasan khilaf yang berlandaskan fakta masing-masing?

Patutlah ulama kata: “Siapa yang tidak mengerti tentang khilaf, tidak mencium bau fiqh”!

Pihak yang berpandangan umurnya belasan tahun sememangnya telah berpandangan sedemikian kerana hujah-hujah yang mereka miliki. Sedangkan saya sendiri umpamanya tidak pernah bersetuju umur Aisyah RA sebagaimana pandangan tersebut berdasarkan fakta-fakta yang saya miliki dan saya lihat lebih kukuh! Sejak bila tiba-tiba berubah??



Rujuk pandangan saya berkenaan isu ini di sini.

1.png

b) Katanya: “Apabila hubungan seksual Nabi dengan hamba menjadi isu, tiba-tiba Mariah Al-Qibtiyah adalah wanita merdeka berketurunan mulia yang dihadiahkan kepada Nabi”.

Saya katakan:

Riwayat manakah yang si fulanah pegang sampai bermudah-mudah membuat dakwaan? Tahukah si fulanah disiplin ilmu riwayat atau bagaimana menilai suatu riwayat itu sahih mahupun tidak?

Kalau begitu berani dan mudah membuat dakwaan, mengapa begitu sukar dan tidak berani membawakan hujah atau riwayat yang mengatakan sedemikian?
Takut untuk dinilai pak lebai?

Jangan khuatir, saya tiada rupa pak lebai, mungkin lebih pada samurai

c) Katanya: “Apabila kisah Saudah menjadi isu, tiba-tiba Nabi tidak pernah berniat untuk menceraikan Saudah, sebaliknya Saudah yang sedar dirinya sudah tidak diperlukan”.

Saya katakan: Sekali lagi si fulanah segan-silu untuk berkenalan dengan ilmu hadis dan riwayat sehingga tidak mampu membezakan antara riwayat yang sahih atau lemah serta kehairanan bagaimana pak lebai sesuka hati menilai sahih atau dhaif suatu riwayat??
Saya telah ulas serba ringkas tentang isu ini berdasarkan riwayat yang sahih dalam tulisan yang lepas.

d) Katanya: “Apabila rumah tangga poligami Nabi yang sering berantakan menjadi isu, tiba-tiba isteri-isteri Nabi digambarkan sebagai wanita buruk akhlak yang cemburu buta, saling mengadu domba dan sering menyusahkan Nabi”.

Saya katakan:

Sejak bila isteri Nabi SAW digambarkan buruk? Tidak tahukah si fulanah akan hukum mencerca ummahat mukminin?

Tidak temuikah pandangan-pandangan ilmuwan sunnah dalam hal tersebut yang membela ummahat mukminin seperti ‘Aisyah RA yang dicerca teruk kaum Sy’iah Rafidhah?

Tergamakkah seorang muslim mendiamkan diri apabila para isteri semulia-mulia manusia SAW yang telah dipilih oleh Allah SWT sebagai pasangan hidup buat sebaik-baik tauladan SAW?

Jika kita tidak rela ibu kita dihina, bagaimana kita mampu merelakan ibu para mukminin diperburukkan? Sedangkan Allah telah menyebut:
النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka” [al-Ahzab: 6].

Apatah lagi kita mampu mendiamkan diri tatkala Nabi SAW kita yang tercinta sendiri digambar burukkan?

Cukup-cukuplah-kau-hina-Nabi-kami-wahai-

e) Katanya: “Nabi melarang Ali berpoligami, kerana tidak mahu melukakan hati anakanda baginda, Fatimah. Anehnya Nabi mempoligamikan anakanda orang lain, seperti Hafsah (anak Umar) dan Aisyah (anak Abu Bakar). Mungkin peraturan berbeza terpakai untuk Nabi, berbanding orang lain”.

Saya katakan:

Hmmm…Mungkin si fulanah belum pernah mendengar tentang perbahasan khasais (خصائص) Nabi SAW iaitu hukum-hakam yang khusus buat baginda SAW.

Mungkin keghairahan si fulanah untuk mengkritik Nabi SAW sehingga terlepas pandang pelbagai faktor yang terang-terang telah disebut dalam riwayat.

Adakah Nabi SAW mengharamkan Ali RA dari berkahwin lain? Tidak! Berdasarkan sabda baginda: “وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا ، وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا” iaitu: “Sesungguhnya aku tidaklah mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram” [Riwayat al-Bukhariy & Muslim].

Nasihat baginda SAW kepada Ali RA adalah kerana pelbagai faktor, antaranya:

i) Ketika itu Fatimah RA telah kehilangan ibu dan ramai adik beradiknya yang membuatnya dalam keadaan sangat berduka, kerana peristiwa ini berlaku selepas pembukaan kota Makkah. Jika Ali RA mempoligamikannya nescaya akan menambah lagi kedukaan dan kesedihan yang dialaminya sehingga menggugat agamanya, berdasarkan kepada riwayat: “وَإِنِّي أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا” iaitu: “Sesungguhnya aku khuatir agamanya akan teruji” [Riwayat al-Bukhariy & Muslim].

ii) Apatah lagi yang dirancang Ali RA untuk berkahwin dengannya itu ialah anak kepada Abu Jahal, sedangkan Nabi SAW menyebut: “وَإِنَّهَا وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ أَبَدًا” iaitu: “Sesungguhnya demi Allah, tidak akan berhimpun anak Rasulullah dengan anak seorang musuh Allah itu pada seorang lelaki selamanya” [Riwayat al-Bukhariy & Muslim] dengan peristiwa-peristiwa perit yang pernah dialami Rasulullah SAW dahulu di kota Makkah.

Maka itu bukan sahaja menyakiti hati Rasulullah SAW, bahkan menyakiti hati Fatimah RA yang dahulunya bersusah payah membuang kotoran dari tubuh baginda, membersih darah baginda, dan membela ayahnya dari disakiti dan dibalun Abu Jahal yang sudah pasti sukar dilupakannya..!

NASIHAT SAYA: Cukup-cukuplah memburukkan keperibadian Nabi SAW…Kalau Abu Jahal masih hidup sekarang, seronok dia kita bantu dia “jatuhkan” Nabi SAW…Sedangkan Allah SWT sendiri telah menyebutnya di dalam al-Quran:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

Yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [al-Ahzab: 21].

Bahkan Allah SWT sendiri memuji baginda SAW:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia” [al-Qalam: 4].

Jika kalian tidak mahu percaya pada hadis sekalipun, percayalah pada Quran dan kalian bukan Quranis selagi tidak berpegang dengan Hadis.

Sumber : Kamilin Jamilin via http://www.ohmymedia.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post