“Apa? Saya Nak Jual Negara Pada China? Kepala Bapak Kau!” -Najib

“Apa? Saya Nak Jual Negara Pada China? Kepala Bapak Kau!” -Najib

Dakwaan pembangkang kononnya menjual kedaulatan negara kepada China melalui projek mega, Datuk Seri Najib Razak jelas menzahirkan kemarahannya dengan lebih nyata.

“Apa? Saya Nak Jual Negara Pada China? Kepala Bapak Kau!” -Najib
“Apa? Saya Nak Jual Negara Pada China? Kepala Bapak Kau!” -Najib

Perdana menteri turut menyifatkan tuduhan tidak masuk akal yang dilemparkan pembangkang itu direka orang bodoh. (stupid)

“Nak kaji semula kononnya kalau mereka menang, segala-gala usaha sama dengan China… dia ugut nak ubah segalanya kononnya kita dah jual kedaulatan, kedaulatan apanya, kepala bapak kau!

ARTIKEL MENARIK: “Asiah Abd Jalil Bukan Lagi Seorang Muslim Yang Normal” Komen Ayah Asiah Buat Ramai Netizen Sebak

loading...

“Maaflah saya guna bahasa kasar sikit sebab tak logik, mana yang hilang kedaulatannya? Bodoh!” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA hari ini.

“Kamu (pembangkang) ingat kita bodoh. Kita tak bodoh, kamu pergi ke Pusat Perindustrian Kuantan kata orang Malaysia tidak boleh masuk, bodoh punya kerja!” katanya.


Pada 25 Oktober lalu, Pakatan Harapan (PH) menerusi pengumuman Bajet Alternatif 2018 berkata, mereka tidak akan menggalakkan penubuhan wilayah China seperti Forest City di Johor yang bertentangan dasar pembentukan komuniti antara pedagang asing dan rakyat Malaysia.



PH juga mahu menangguhkan pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dibiayai Beijing sehingga kajian semula manfaat kos dan potensi pengganda ekonomi selesai.

“Walaupun PH sangat risau dengan perkembangan China dalam elemen keselamatan yang sensitif, seperti bekalan tenaga dan pelabuhan kita, kami akan menghormati perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani kerajaan.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tindakan pertama kami adalah untuk menerbitkan secara umum semua dokumen dan kontrak berkaitan tawaran-tawaran ini dan jika perlu mendapatkan kerjasama China untuk merunding semula syarat tidak adil jika ada.”



Mengulas lanjut, Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional berkata, pembangkang begitu terdesak dalam usaha menjatuhkan kerajaan sehingga sanggup menyebarkan fitnah.

“Saya tidak pernah lihat tindakan yang begitu menyedihkan seperti ini untuk menipu rakyat Malaysia. Ini tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh pergi (Pusat Perindustrian Kuantan), siapa sahaja boleh masuk, tak usah tipulah, jangan permainkan rakyat Malaysia.

“Saya marah kerana kamu (pembangkang) menipu dan buat perkara tidak masuk akal, sungguh menyedihkan.

“Pergi ke Forest City pula macam-macam cerita, itu semua tanah tambaklah, bukan tanah Johor. Kita jual kepada orang luar sebahagiannya, sebahagian lagi kepada orang tempatan.”

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, membazir masa kerajaan melayan tohmahan pembangkang.

“(Mereka) fikir rakyat Malaysia bodoh dan tidak boleh fikir untuk diri sendiri…jangan membuang masa layan orang seperti ini, negara ini tidak boleh ditadbir lelaki berumur 93 tahun,” katanya merujuk Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib terus mengkritik Dr Mahathir dengan mendakwa bekas perdana menteri itu keras kepala dan tidak pernah sebulu dengan timbalannya.

“Jangan membazir masa dengan pihak sebelah sana, semuanya hipokrasi. Lim Kit Siang sayang Dr Mahathir?

“Kit Siang dipenjara, Lim Guan Eng masuk penjara, dia kata Dr Mahathir diktator terbesar. Berapa orang saya letak bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)? Kosong!

“Sebab saya yang mansuhkan ISA. Saya mansuhkan ISA, dia (Dr Mahathir) Operasi Lalang 100 lebih masuk (penjara). Dr Mahathir ada masalah dengan semua orang, dengan timbalan dia semua dia ada masalah, kecuali Dr Mahathir seorang…Dr Mahathir ‘perfect’.”

Beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama Kit Siang dan Dr Mahathir akan berakhir satu hari nanti.

“Kalau dia peluk Kit Siang, satu hari nanti dia boleh ‘unpeluk’ Kit Siang.”

–FMT,Kinitv
- INFO KINI.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post