Pelakon popular Alif Satar tidak bersetuju dengan sesetengah netizen yang berpendapat aktres Neelofa hanya menumpang aura lakonannya dalam drama bersiri Red Velvet.Alif berkata, dia sentiasa percaya kejayaan sesebuah drama adalah disebabkan kerja sepasukan, bukan individu.
Alif Satar jawab isu Neelofa tumpang aura lakonannya dalam Red Velvet |
“Sebenarnya saya dan Neelofa saling ‘tumpang-menumpang’. Saya juga tumpang populariti Neelofa dan bila kami berlakon dalam Red Velvet secara tidak langsung kami berkongsi peminat juga.
“Untuk Red Velvet saya sangat berpuas hati kerana drama ini mendapat tempat di hati peminat walaupun pada minggu pertama ada juga komen negatif yang dilemparkan kepada kami,” katanya kepada Astro Gempak.
ARTIKEL MENARIK: Ifa Raziah Susut 12 Kilogram Diet Makan Telur 10 Biji Sehari..
loading...
Berkongsi mengenai gaya lakonannya yang sentiasa menjadi dan dipuji peminat, Alif gembira sentiasa mendapat sokongan daripada mereka.
“Saya seronok dan teruja setiap kali mendengar mereka di luar sana suka lakonan saya. Saya sentiasa berpesan kepada pengarah supaya tidak berkompromi tentang mutu lakonan.
“Kalau saya tidak bagus dan tidak mencapai tahap yang mereka inginkan, saya sedia ditegur,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain Alif memberitahu dia teruja menantikan gandingannya bersama Siti Nordiana dalam drama bersiri Pengantin Salju.
“Sudah setahun fans minta kami ‘disatukan’ kembali dan akhirnya impian mereka direalisasikan. Saya juga tidak sabar nak ke set Pengantin Salju,” katanya.
Kepada para peminat Red Velvet, jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod akhir malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), pukul 10 malam.
Foto: Instagram Alif Satar
Sumber: Astro Gempak
Post a Comment