Aku DISIHIR,Hidup Merana,Tapi Sebab Jaga Solat 5 Waktu Allah Tunjukkan Kuasanya.. Allahuakhbar

Aku DISIHIR,Hidup Merana,Tapi Sebab Jaga Solat 5 Waktu Allah Tunjukkan Kuasanya.. Allahuakhbar

DISIHIR Lelaki Sehingga SAKIT. Tapi Asbab Jaga Solat 5 Waktu “SESUATU” Berlaku…. 

Aku DISIHIR,Hidup Merana,Tapi Sebab Jaga Solat 5 Waktu Allah Tunjukkan Kuasanya.. Allahuakhbar
Aku DISIHIR,Hidup Merana,Tapi Sebab Jaga Solat 5 Waktu Allah Tunjukkan Kuasanya.. Allahuakhbar

Dunia jadi semakin moden dengan banyak teknologi dipelopori. Seiring dengan kemajuan, begitu juga minda dan cara pemikiran kita semua. Ketahyulan dan kepercayaan kepada sihir jin dan syaitan semakin terhakis.

Bomoh dah semakin kurang dan ramai yang telah “pencen” kerana tiada lagi pemintaan kerja. TETAPI walau semakin ramai yang sudah maju, kami di Khalifah Mail Online difahamkan masih ada lagi yang kolot menggunakan cara “kotor”. Ikuti kisah seorang wanita yang bernama Hafni dari IIUM ni. Semoga menjadi pedoman kepada semua.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Menyesal Membunuh Seekor Ular Berwarna Biru Setelah Mendpat Tahu Yang...
loading...


Assalamualaikum semua.. Nama aku Hafni. Pertama sekali aku nk bagitahu yg aku bukan jenis yg suka menulis atau mengarang.. kira aku terpanggil menulis ni dgn niat nk share pengalaman sendiri jela, mudah mudahan akan bagi manfaat untuk org lain.. org kate random sharing gituuuu..

Before mula cerita biar aku describe dulu sikit2 pasal diri aku laa.. Aku ni bukan spesies2 manusia alim bertudung labuh bagai, menjaga ikhtilaf menundukkn pndangan ke ape.. Aku jenis perempuan pakai tudung tapi yelaa org kata masih tak cukup sifat pun tudung nya… and aku agak beruntung sebab dikurniakn org kata comel skit laa mukanya.. Tapi takde laa sampai se’hot’ gang2 retis.. tapi despite of ‘pakai tudung tak cukup sifat’, ‘tak jaga ikhtilaf’ or ‘berwajah comel skit’ dan kdg2 menyetan dgn kwn2, aku memang jenis yg jaga 5 waktu aku dan jenis tak rapat sangat dengan lelaki – dari zaman sekolah sampai masuk u dan sampai laa masuk alam pekerjaan, even ade yg minat nk berkenalan lebih dari kawan. Setakat borak kawan2 biase tu jelaa paling2 mesra pun.. Dan aku jenis yg pegang prinsip- se setan macamne pun aku, 5 waktu kena jaga and at least quran 1 page 1 hari.

Nak dipendekkan cerita,ade sorang lelaki kt tempat kerja aku ni mmg da lama minat dengan aku dlm setahun.. tapi aku tak pernah respon langsung sebab masetu aku da ade boifren (tunang aku sekarang). Mcm2 laa die buat.. bgi hadiah, bunga, makanan and pernah mintak no aku dari kawan aku.. tapi semua aku tolak dengan baik ( semua menggunakan pengantaraan orang) dan nak dijadikkan cerita dekat tmpt kerja aku, aku ade org bwhan and mmg baik dengan anak2 buah aku.. satu hari mase aku jalan tergelak2 dengan dieorg, mamat yg minat aku tu ternampak.. Kes tu beberapa hari lepas aku tolak hadiah dia..

Dan start dari tu aku “sakit”.. Sakit ape aku tak perlu cerita laa dekat sini.. tapi aku smpi pergi buat check up yg bukan2.. 5 ke 6 doctor aku jumpa semua cakap aku sihat.. bile keluar result mcm2 test aku buat semua cakap aku sihat dan normal.. dan entah macamna aku terdetik untuk cuba perawatan islam.. Alhamdulillah aku sembuh mcm biasa lepastu.. tapi org melayu cakap langit tak selalu cerah.. Mamat tu still obses dgn aku sampai follow aku dekat parking, tunggu aku dekat toilet, dtg ofis aku and 1 hari aku berjumpa dia depan2 (die kejar aku) aku just cakap secara baik dgn dia tolong jgn ganggu aku lagi, aku bakal berkahwin tak lama lagi.. and starting from that day, aku lagi sakit teruk but i managed to survive..


Tahu ape rahsianya? Bila aku sakit aku lagi mendekatkan diri pada Allah.. aku lagi bnyak menambah ape yg sunat .. dan aku ade kenal dgn sorang ni yg boleh tengok sama ada kau kena buatan org atau sakit yg perlukan perubatan moden – dia cakap ade org yg tak puas hati aku nk berkahwin, and die advise aku utk berubat cepat.. mula2 aku tak percaya yelaa kalau tak betul bole menjatuhkn fitnah.. dan aku lupa bgtau yg semasa aku sakit, aku bole lagi pergi kerja mcm biasa cuma kwn2 aku tegur aku nmpk mcm zombie bejalan..

Sampai laa 1 tahap, ade seorang makcik (area rumah aku) yg dikurniakn kelebihan dri Allah tengok aku.. die bgtahu aku yg aku mmg terkena sakit yg kena berubat cara islam..die cakap sepatutnya aku sakit lagi teruk tapi sebab aku jaga 5 waktu aku (die cakap aku kuat sembahyang), segala benda yg datang or dihantar pada aku cuma kena sipi2..dan masa awal2 aku sakit sebelum tu aku mmg rajin smbhyg sunat.. seblum ni aku mgku bila aku start kerja tak pernah aku bangun malam utk jumpa Allah..

Mungkin disebabkan jaga solat 5 waktu tambah dgn amalan2 sunat tu buat aku bole bangkit gi kerja mcm biasa pdhal badan aku Allah aje yg tahu rasa mcmne (dgn izin Allah gak la).. makcik tu mmg org lain semua tahu die bole scan kau ni kaki smyg ke kaki membela ke mcmtu..dan bru aku nmpk betapa sembahyang ni membantu kite dan memelihara kite dari benda2 jahat yg macamni.. dulu aku just fikir kena sembahyang sebab taknak masuk neraka je.. takde pulak terfikir kebaikan sembahyang tu dlm kehidupan seharian..and aku pun ade berubat lagi dengan imam area rumah aku.. die bnyak jugak menurunkan ilmu2 utk aku amalkn.. aku skng Alhamdulillah sihat seperti sediakala dan masih bekerja seperti biasa.. pasal mamat tu die pun da dpt bhgian dia, aku doakn dia dpt hidayah dan bertaubat..

Yg aku nk highlightkan kt sini mcmnepun semua bermula dgn 5 waktu sehari tu.. kite buat yg tu in shaa Allah terbina laa pendinding dalaman tapi dgn mengaji and amalan sunat lain tu menguatkn lagi benteng diri dari benda2 yg kite tak nampak..so kesimpulan dari cerita aku ni.. Sesetan mana pun korang jaga lah sembahyang 5 waktu dan ambil laa masa utk mengaji at least 1 page sehari..

Doakn majlis aku dimudahkn.. mudah2an aku tak sakit lagi..

Sumber: Hafni via IIUM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post