Ya..Memang Betul Saya Janda Anak Dua, Tapi Sekarang Dah Ada Kekasih Baru – Mona Shamimi

Ya..Memang Betul Saya Janda Anak Dua, Tapi Sekarang Dah Ada Kekasih Baru – Mona Shamimi

Masih lagi tentang wanita benama Mona Syamimi. Memang penuh wajah dan nama pramugari ini mewarnai media hiburan tanah air.

Ya..Memang Betul Saya Janda Anak Dua, Tapi Sekarang Dah Ada Kekasih Baru – Mona Shamimi
Ya..Memang Betul Saya Janda Anak Dua, Tapi Sekarang Dah Ada Kekasih Baru – Mona Shamimi

Dari blog hiburan sehinggalah media arus perdana, nama Mona Syamimi ada di mana mana. Pemilik nama ini ada membuat beberapa kenyataan yang menerangkan hubungan dengan Shahir. Jelasnya dia bukanlah peminat Shahir sebaliknya adalah rakan.

Yang terbaru, Mona Syamimi mengatakan dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan Shahir apatah lagi kini sudah mempunyai kekasih baru iaitu seorang pemain bola sepak.

Selain itu, timbul pula desas-desus mengenai status wanita itu yang didakwa seorang ibu tunggal. Mona Syamimi yang kini berumur 27 tahun, ketika dihubungi mengakui dakwaan bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

ARTIKEL MENARIK: ‘Beranak La Tiap Tahun, Berderet Kereta Nanti’ – Suami Hadiahkan Amyra Rosli Kereta, Ini Komen Peminat

loading...

Ini penjelasan dari Mona Syamimi:

“Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak. “Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan,”

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan netizen bahawa dia sorang ibu tunggal dan kini sedang berkawan dengan seorang pemain bola sepak Terengganu.

Tentang kenyataan yang dia buat di media, Mona berkata, kenyataan yang diberikan kepada media bukan untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak sebaliknya mahu membersihkan nama dan maruahnya.

Ini komen Mona Syamimi:

“Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.

“Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut,”

Tentang kenyataan dari penyanyi Ewal, Mona Syamimi menjelaskan dia langsung tidak mempunyai hasrat untuk menggoda atau mengurat penyanyi itu.

Ini kenyataannya tentang Ewal:

“Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja. “Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya,” Itulah pendedahan dari Mona Syamimi.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post