Video lelaki cuba cabul budak 7 tahun dibelasah penduduk dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria

Video lelaki cuba cabul budak 7 tahun dibelasah penduduk dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipukul penduduk setempat selepas didakwa cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria, semalam.

Video lelaki cuba cabul budak 7 tahun dibelasah penduduk dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria
Video lelaki cuba cabul budak 7 tahun dibelasah penduduk dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah pada mulanya diekori oleh suspek yang bermotosikal sehingga ke kawasan perumahan.

Suspek yang dipercayai bukan penduduk di kawasan perumah itu kemudian menghentikan motosikalnya lalu terus memeluk mangsa dari arah belakang sebelum menekup mulut mangsa.

Mujur, mangsa pada saat cemas itu sempat menjerit membuatkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran mengepung lelaki berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Wanita Ini Dulu Atlet Pingat Emas Negara, Kini Jadi Penyanyi OKU di Tepi Jalan

loading...

Berdasarkan rakaman video, seorang penduduk menyoal dan menjelaskan kepada suspek bahawa penduduk di situ mendakwa dia mengacau mangsa.


Bagaimanapun suspek cuba berdalih dengan mengatakan dia baru sahaja menghidupkan enjin motosikalnya namun ditolak sehingga jatuh oleh penduduk.

“Budak tak tipu punya. Orang tua baru tipu punya. You tunggu, you tunggu itu budak mari. Haa.

“Kalau tidak takkan dia punya bapak pukul sama lu. Kalau tidak, takkan saya mari hentam sama lu. Sekarang ini saja, you takda mengaku, ini kena, makan sama lu,”kata penduduk berkenaan.

Suspek bagaimanapun dilihat meminta lelaki itu usah mengambil tindakannya sendiri dan bawa kes itu ke balai.

Dalam video kedua, ibu dan mangsa kemudian dibawa menghampiri suspek bagi mengesahkan dakwaan itu. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post