Urat Di Tangan Berwarna Hijau Petanda Ajal Semakin Dekat??

Urat Di Tangan Berwarna Hijau Petanda Ajal Semakin Dekat??

Sehari dua ini telah tular satu artikel yang menceritakan tentang amaran bahaya jika ada dalam kalangan ahli keluarga kita yang mengalami urat hijau timbul di tangan tengah malam, waktu sedang tidur.

Urat Di Tangan Berwarna Hijau Petanda Ajal Semakin Dekat??
Urat Di Tangan Berwarna Hijau Petanda Ajal Semakin Dekat??

Penulis juga ada memasukkan info dengan mengatakan terdapat kajian saintifik jika urat hijau itu timbul, ia menandakan seseorang itu sedang tenat dan mungkin mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan sawan.

ARTIKEL MENARIK: Ini Yang Berlaku Pada Badan Jika Anda Minum Air Kosong Sejurus Bangun Tidur

loading...


Persoalannya, benarkah?

Sebenarnya urat yang disebut itu dikenali sebagai VEIN. VEIN ini adalah satu jenis urat yang membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Berbeza dengan ARTERI, ARTERI membawa darah yang penuh oksigen dari jantung untuk dihantar ke seluruh badan.

Salur darah ARTERI jarang kelihatan kerana ia berada di bawah kulit dan rapat dengan tulang. ARTERI juga mempunyai denyutan nadi. Manakala VEIN tidak mempunyai nadi dan banyak timbul di permukaan kulit.


Vein tidak cuma ada pada manusia bahkan juga ada pada hampir semua jenis haiwan. Semua vein berwarna gelap atau hijau pada setiap masa. Jika seseorang itu berkulit cerah dan hampir setiap masa vein di badannya akan jelas kelihatan berwarna hijau, adakah dia sedang tenat? Sudah tentu tidak!

Pembuluh darah dalam otak memang boleh pecah dan menyebabkan kematian. Ia selalunya disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi dan tidak terkawal. Disebut sebagai Hypertensive Bleed atau Intracranial Bleed. Namun dengan mengaitkan ketakutan mimpi ngeri dengan pembuluh darah pecah di dalam otak adalah tidak tepat kerana tiada lagi kes seumpamanya yang berlaku, tambahan pula untuk mereka yang masih muda usianya.

Penyakit kronik seperti Darah Tinggi dan Kencing Manis juga tiada kaitan dengan urat timbul. Jika ada kaitan sekalipun, ia tidaklah boleh membawa maut serta merta seperti yang didakwa di dalam artikel tersebut. Simptom Darah Tinggi atau Kencing Manis juga tiada kaitan dengan salur darah berwarna hijau.

Kita tidak menolak akan kewujudan alam ghaib, tetapi ia bukan satu lesen untuk mengaitkan semua perkara ghaib dengan penyakit. Kesan mempercayai artikel sebegini boleh mencipta satu tanggapan buruk terhadap urat yang timbul di tangan pada waktu malam. Ia semestinya akan mengganggu dan menyusahkan ramai orang.

Bayangkan, anda sedang lena tidur pada pukul 3 pagi tiba-tiba dikejutkan oleh rakan, dihembus 7 kali Surah Al-fatihah ke muka anda dan dibawa ke jabatan kecemasan, walaupun anda langsung tidak sakit dan sedang nyenyak tidur di rumah. Semuanya hanya kerana satu artikel yang tidak diketahui asal usulnya.

Urat yang timbul atau berwarna hijau adalah normal dan tiada yang perlu dirisaukan. Anda tidak akan mati mengejut dan jangan sia-siakan waktu tidur anda.

Sumber : Medical Mythbusters Malaysia, http://www.ohmymedia.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post