Terpengaruh Dengan Novel Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kepada Kekasih

Terpengaruh Dengan Novel Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kepada Kekasih

Kegilaan terhadap drama-drama yang ditonton di televisyen selalunya sering dikaitkan dengan remaja belasan tahun ataupun kanak-kanak.

Terpengaruh Dengan Novel Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kepada Kekasih
Terpengaruh Dengan Novel Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kepada Kekasih

Namun, kejadian yang berlaku di Rompin, Pahang ini lain pula ceritanya. Seorang lelaki yang terlalu taksub dengan sebuah novel cinta yang dikatakan bersangkut paut dengan kisah hidupnya bertindak menembak mati suami kepada kekasihnya.

ARTIKEL MENARIK: 6 gambar: Lelaki bakar diri,isteri & dua anak gara-gara hutang

loading...

drama%2Btitian%2Bcinta.jpg
Lelaki itu menggunakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian 24 Oktober lalu. Apa yang mengejutkan ialah, lelaki itu mendapat ilham dari sebuah novel cinta bertajuk Titian Cinta yang diadaptasikan ke dalam drama lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang hangat di media sosial ketika ini.

Titian%2BCinta.jpg


daler%2Byusof%2Bfarah%2Bnabila.jpg





TITIANCINTA3.jpg
Dalam insiden sekitar jam 12 tengah malam, suspek bekerja sebagai pembantu kedai makan menembak mangsa dari jarak lima meter mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala.

Menurut pihak polis, suspek menembak mangsa untuk membuktikan cintanya kepada isteri mangsa. Mangsa dan isteri yang dipercayai warga Indonesia dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga sejak berkahwin dua tahun lalu.

Pelakon%2BTitian%2BCinta.jpg

Siasatan awal polis mendapati suspek dan isteri mangsa sudah menjalinkan hubungan sulit selama 4 bulan. Tindakan mangsa yang dikenali sebagai Zubir untuk memujuk isterinya dan ingin membawa pulang isterinya itu ke Acheh membuatkan suspek berang.

Suspek berjaya ditahan ketika berehat di Hentian R&R Tanjung Malim ketika cubaan untuk melarikan diri ke kampung halaman di Bedong, Kedah pada Jumaat lalu.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya memberkas suspek yang sedang menaiki motosikal. – www.kakishare.tv


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post