Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri, Adi Putra pula Datuk

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri, Adi Putra pula Datuk

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tiga selebriti lain antara 101 individu menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri, Adi Putra pula Datuk
Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri, Adi Putra pula Datuk

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga selebriti yang menerima anugerah kebesaran ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof yang turut menerima SSAP.

Pereka fesyen iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd., Jovian Mandagie dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.



ARTIKEL MENARIK: "Saya Sayangkannya Sebagai Abang. Saya Maafkan Dia". Luahan Hati Adik Benjy Yang Menyentuh Hati

loading...

Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.


Sumber: UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post