TURKI – Seorang lelaki mengambil keputusan untuk membunuh diri secara live di Facebook kerana anak perempuan telah memilih untuk berkahwin tanpa kebenarannya, lapor Daily Mail.
Sedihnya… Bapa bunuh diri secara ‘live’ di Facebook kerana terasa hati dengan keputusan anaknya (Video) |
Ayhan Uzun, dari Kayseri, Turki, sebelum itu berkata sesuatu pada kamera sebelum mengacu pistol di kepalanya sendiri.
Lelaki berusia 54 tahun itu kemudian menarik picu dalam kiraan 1-3 selepas mengucapkan kata-kata terakhirnya.
“Selamat tinggal. Saya akan pergi. Jaga diri awak baik-baik.”
Selepas tembakan dilepaskan, Uzun terus terjatuh ke atas lantai kediamannya.
“Saya buat live streaming malam ini dan ini adalah wasiat saya di mana saya tidak mahu sesiapa yang datang di hari pengebumian saya,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Suami Terkejut ‘Isteri’ Sama Jenis Dengannya Selepas Beberapa Bulan Kahwin. Tapi Alasan 'Isterinya' Itu Memang Tak Masuk Akal...
loading...
“Saya buat live streaming malam ini dan ini adalah wasiat saya di mana saya tidak mahu sesiapa yang datang di hari pengebumian saya,” katanya.
Difahamkan, Uzun yang ketika itu bersendirian di rumah hanya mengetahui anak perempuannya sudah bertunang selepas dimaklumkan melalui panggilan telefon.
“Di hari bahagia (pertunangan) anak saya, mereka menghubungi saya memaklumkan perkara itu. Tiada sesiapa pun yang bertanya tentang saya. Tiada sesiapa yang melayan saya seperti seorang lelaki. Bapa mertua saya yang tiada hak untuk membenarkan anak saya berkahwin telah menggantikan tempat saya.
“Tiada sesiapa pun yang kata bapa kepada perempuan ini masih hidup. Walaupun saya menunggu anak perempuan dan keluarga berkata, ‘Marilah ayah, sertai kami’.
“Isteri saya call dan memberitahu tentang pertunangan itu. Saya kata, kenapa dia tidak datang memberitahu saya dan katanya, mereka tidak dapat datang melawat.
“Mungkin ada segelintir dari kamu yang menganggap perkara ini biasa. Saya tidak mahu sesiapa pun yang melalui perkara yang saya sedang lalui ini.
Memetik Dari Laman Cari.com.my
Gejala membunuh diri sememangnya kerap berlaku di kalangan masyarakat yang berdepan tekanan hidup samada disebabkan masalah keluarga mahupun peribadi.
Lebih teruk lagi, sejak kebelakangan ini, membunuh diri secara siaran langsung menerusi Facebook Live video menjadi satu trend hasil perkembangan teknologi yang semakin canggih.
Baru-baru ini, memetik laporan Mirror.UK, seorang bapa bertindak membunuh diri dengan sepucuk pistol dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook. Tindakan mengejutkan ramai itu diambil hanya disebabkan anak perempuannya berkahwin tanpa keizinannya.
Ayhan Uzun dari Kayseri, Turki, telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol berkenaan. Dia sempat menyatakan : “Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu.”
Sebaik sahaja menghabiskan ayat berkenaan, Uzun terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.
Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.
Ketika video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat merayu kepadanya supaya tidak melakukannya.
Namun keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja.- CARI
Post a Comment