"Nak Balas Penat Lelah Abah" - Video Aliff Syukri Dengan Bapanya Buat Netizen Sebak

"Nak Balas Penat Lelah Abah" - Video Aliff Syukri Dengan Bapanya Buat Netizen Sebak

Bukan mudah untuk berjaya, lebih-lebih lagi buat mereka yang datang dari keluarga yang susah.

"Nak Balas Penat Lelah Abah" - Video Aliff Syukri Dengan Bapanya Buat Netizen Sebak
"Nak Balas Penat Lelah Abah" - Video Aliff Syukri Dengan Bapanya Buat Netizen Sebak

Memang ia tidak mustahil, namun kejayaan yang dicapai itu lebih bermakna jika diraikan bersama orang tua yang telah banyak berkorban membesarkan dari kecil hinggalah dewasa.

Itulah yang dikongsikan oleh pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dalam status terbaharunya di laman Facebook.

Lazimnya beliau dikritik kerana gemar menunjukkan kemewahan dan juga kekayaan, namun kali ini perkongsiannya telah membuatkan banyak hati tersentuh dan ramai yang mengalirkan air mata.

ARTIKEL MENARIK: [9 FOTO] Anak Dara No.2 Amy Search Yang Mungkin Ramai Tak Kenal. Lawanya!

loading...









Aliff kali ini berkongsi kisah bagaimana bapanya yang dipanggil abah begitu berbangga dengan apa yang dicapainya.

"Bukan gembira sebab dapat darjat tapi gembira keluar dari kepompong kesusahan. Keseronokan ini saya kongsikan dengan abah kandung saya Kamarzaman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24 tahun."

Katanya lagi, bapanya itu sering memberikan sokongan dan menemaninya berniaga di pasar tani.

"Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yang cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM10 saya hanya akan belanja RM1..

"Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yang hanya duduk rumah flat 2 bilik Seksyen 20 Shah Alam, block 19. Adik beradik 7 orang sebelah abah. Mak bapak saya bercerai.."

Aliff juga bersyukur dapat membalas kepenatan bapanya dengan membelikan kereta Honda Accord dan rumah teres serta diberikan wang setiap bulan.


"Syukur segalanya berubah ..sekarang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..

"Sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik...dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal.....sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk," tulisnya.


Kali ini, netizen turut berasa berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Aliff terhadap bapanya.

"Terbaik anton, berkat berjaya kepada ibu bapa dan keluarga. Allah permudahkan jalan hidup Aliff Syukri."

Ternyata setiap rezeki setiap orang berbeza-beza namun yang penting jangan lupakan ibu bapa yang telah banyak berkorban..

Sumber: CARI

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post