Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri

Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri

KUALA LUMPUR: Pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, berkata penyanyi terkenal itu sedar dirinya dirindui peminat apabila bertindak ‘menghilangkan’ diri seketika daripada dunia seni.

Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri
Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagramnya, pagi tadi, wanita yang boleh dianggap antara paling dekat dengan Siti itu sedikit sebanyak merungkai mengenai ‘misteri’ kehilangan penyanyi kesayangan ramai itu.

Maklum saja, sejak Siti Nurhaliza berehat sementara daripada dunia hiburan yang sudah lebih dua dekad diceburinya, pelbagai andaian menjelma, termasuk dirinya dikatakan sedang hamil.

Menerusi gambar dirakam Siti dan diungkap semula pengurusnya di laman bergambar popular itu, Rozi berkunjung ke kediaman penyanyi terbabit di Bukit Antarabangsa untuk memasak dan menjamu selera sesama mereka.

ARTIKEL MENARIK: Pelakon Veteran, Nozie Nani Meninggal Dunia

loading...

Menurut Rozi, Siti tahu beliau dirindui ramai peminatnya ketika masing-masing rancak berbual, dari tengah hari hinggalah ke malam.

Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri

Misteri kehilangan Datuk Siti Nurhaliza terungkai, tahu dirinya dirindui, pengurus pula nafi Siti sudah tak relevan dalam industri

ROZI memuatkan gambar Siti Nurhaliza dalam Instagram ketika mereka berada di dapur rumah penyanyi itu.
“Janganlah menghakimi beliau kerana empunya diri berhak untuk memilih masa untuk dirinya,” tulis Rozi.

Menerusi perkongsiannya itu juga Rozi menangkis tanggapan sesetengah pihak kononnya populariti Siti Nurhaliza sudah merudum dan beliau tidak lagi relevan dalam industri hiburan hanya kerana penyanyi yang diuruskannya memilih untuk berehat seketika.

“Selepas lebih 21 tahun berbakti dan mengabdikan (diri) tanpa meninggalkan kerjayanya lebih daripada sebulan, beberapa ketika dia memilih untuk berehat. Tempoh 21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan,” katanya.

Begitupun, dalam tempoh berehat berkenaan, penerima tujuh kali trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH, itu baru-baru ini sempat juga merakamkan video muzik single ketiganya, Aku Bukan Malaikat.

Video muzik lagu ciptaan komposer Indonesia, Opick, daripada album terbaru beliau, SimetriSiti, itu juga sudah pun dilancarkan di laman YouTube Vevo Siti Nurhaliza.

Sumber: Bharian


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post