PETALING JAYA: Peguam penuh kontroversi, Siti Kasim menyeru kaum Melayu untuk bangkit menentang golongan yang ‘bertopengkan agama’.
Melayu Melenting, Bila Tuhan Kecil Mereka Disiasat Polis – Siti Kasim |
Beliau juga berkongsi kisah sedih bagaimana dirinya telah menjadi kebencian masyarakat Melayu setelah membuat laporan polis terhadap golongan agamawan yang disifatkan sebagai ‘tuhan-tuhan kecil mereka’.
Siti Kasim menyeru, “Bangkit orang Melayu! Jangan takut dengan orang-orang yang bertopengkan agama.”
“Tengoklah apa yang mereka telah lakukan pada saya. Hanya kerana saya membuat repot polis terhadap tuhan-tuhan kecil mereka, dia orang naik angin. Hanya kerana saya bersuara lantang membantah ektrisma mereka, mereka melenting.”
ARTIKEL MENARIK: “Saya Enggan Solat Sehingga Kami Bercerai” – Wanita Tuntut Cerai Tak Tahan Suami Tunjal Kepala Kejut Solat..!!
loading...
Minggu lepas, Siti Kasim telah mendedahkan bahawa beliau telah membuat laporan polis ke atas beberapa tokoh agamawan seperti Ustaz Dr Rozaimi Ramle, Ustaz Dr Zamihan, dan Ustaz Mohd Aslam kononnya mereka telah mengakibatkan reputasi baik agama dan kehidupannya terancam.
Beliau juga mendakwa laporan tersebut menyebabkan kesemua tokoh agamawan tersebut sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya lagi, “Mereka cuba untuk menakutkan dan memalukan saya dengan membuat fitnah terhadap saya. Mereka memberi ceramah kepada orang ramai memburukkan saya dan menyebarkan fitnah.”
“Berapa ramai orang yang akan menyelidiki kesahihan yang mereka baca dan dengar dari kelompok yang ekstrem ini? Hanya kerana mereka berpakaian jubah dan serban, orang Melayu percaya dengan mereka.”
“Apa mereka ingat saya perempuan saya akan mengalah? Salah besar. Selagi mana mereka terus memaksa kepercayaan songsang mereka ke atas kita semua, saya akan terus mempersoalkan dan menggoncangkan dunia mereka,” ikrar beliau.
Sumber: Menara.my
Post a Comment