Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

KUALA KUBU BHARU - Enam kanak-kanak lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun ditahan polis ketika sedang berlumba basikal lajak di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, semalam.

Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang
Lumba Basikal Lajak - Enam Kanak-kanak Disaman RM150 Seorang

Penahan tersebut dilakukan sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor kira-kira jam 5.30 petang di kawasan riadah tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai berkata, enam kanak-kanak terbabit berasal dari Kampung Ampang Pechah dan merupakan pelajar di sekolah berdekatan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua basikal yang digunakan untuk berlumba diubahsuai tanpa dilengkapi dengan sistem brek.

“Basikal berkenan disita dan ibu bapa kepada kanak-kanak terlibat telah dipanggil ke IPD untuk tindakan lanjut di bawah kesalahan menurut Kaedah 42 LN 166/69.

ARTIKEL MENARIK: Penyiasat "Geram" Suspek Larikan RM600,000 Tidak Mahu Dedah Lokasi Duit Itu Disimpan.

loading...

“Saman RM150 dikenakan terhadap setiap seorang kanak-kanak yang terlibat berkenaan sebelum dibebaskan. Pihak polis memandang serius gejala ini apabila ia membabitkan kanak-kanak yang melakukan aktiviti perlumbaan menggunakan basikal lajak.

“Pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak berfaedah ini tidak menular dan mempengaruhi kanak-kanak lain,” katanya.

Bak Phai berkata, ibu bapa juga dinasihati agar memantau pergerakan anak-anak termasuk memeriksa basikal yang digunakan agar tidak melakukan sebarang pengubahsuaian yang dikategorikan sebagai basikal lajak.

Menurutnya, kerjasama orang ramai turut membantu menangani aktiviti tersebut dengan salurkan maklumat kepada pihak polis. - Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post