KKM senaraikan 7 produk kosmetik ini berbahaya selepas dikesan mengandungi racun, Dnars Sunny Cream tersenarai

KKM senaraikan 7 produk kosmetik ini berbahaya selepas dikesan mengandungi racun, Dnars Sunny Cream tersenarai

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan tujuh produk kosmetik tempatan selepas dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan merkuri.

KKM senaraikan 7 produk kosmetik ini berbahaya selepas dikesan mengandungi racun, Dnars Sunny Cream tersenarai
KKM senaraikan 7 produk kosmetik ini berbahaya selepas dikesan mengandungi racun, Dnars Sunny Cream tersenarai

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh produk berkenaan termasuk Nuriz Kosmetik – D’solve Plus, Nuriz Shoppe – Beau One Whitening 3 in 1, Cantiqa Face Toner, Rzac Platinum Toner, Magic cream, Dnars Sunny Cream dan Night Cream Dollys Pinky.

Beliau berkata, pihaknya menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

“Seperti sedia maklum, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif.

ARTIKEL MENARIK: 'Kerja hanya ingin melaga-lagakan orang, tulis berita macam gosip murahan, tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut' - TMJ

loading...

Dr Noor Hisham berkata, kesan dari penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Menurutnya, kebiasaannya, produk kosmetik yang dicampur dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Selain itu, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri pula boleh memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Malah, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu,” katanya.

Katanya, bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik atau orang yang menggunakan produk kosmetik dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

Dalam pada itu, katanya, penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik dengan serta merta kerana ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

” Manakala, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, ” katanya.



Sumber: Harian Metro

Kredit -  Trending Now


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post