'Habis Anak Kucing Kami Dipotong-potong'

'Habis Anak Kucing Kami Dipotong-potong'

SEKINCHAN, SELANGOR - "Habis anak kucing kami dipotong-potong," demikian Shakila Desmond yang mengesyaki anak kucing milik abangnya, Putra Amed, dibunuh dengan kejam oleh jirannya.

'Habis Anak Kucing Kami Dipotong-potong'
'Habis Anak Kucing Kami Dipotong-potong'

Gambar yang dimuat naik sejak jam 10 malam semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dengan perbuatan individu yang tidak berhati perut itu.

"Masalah kalau ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami dipotong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing, tak perlu seksa," katanya.

ARTIKEL MENARIK: Bayi Perempuan Baru Lahir Dibuang Ibu Bapanya Kerana Dia Bukan Jantina Lelaki

loading...


2.jpg

Menurut Shakila, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jiran sebelah rumahnya. Malah Shakila mendakwa, individu yang sama juga pernah melemaskan seekor anak kucingnya dengan merendam haiwan kecil itu di dalam tong sampah berisi air sehingga pagi.


"Hari itu lagi bodoh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka menyeksa," katanya.

2.png

Difahamkan hanya tiga ekor anak kucing yang tinggal dan Shakila tidak tahu kepada siapa dia hendak melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan jirannya itu. Dalam masa yang sama, Shakila bimbang jika tiga ekor anak kucing mereka itu akan menjadi mangsa yang seterusnya.

Ekoran kejadian itu juga, abang Shakila telah menghantar tiga ekor anak kucingnya itu ke rumah ibunya kerana bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Putra Amed berkata, dia terkejut apabila menemui separuh badan dan sebahagian kaki anak kucing yang diletakkan di depan pintu rumahnya, membuatkan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.

"Sedih sangat. Anaknya cantik-cantik. Mata semua biru. Yang mati itu yang paling gemuk dan comel. Kalau benarlah ini perbuatan orang, harap Allah tunjukkan balasannya nanti," katanya.

1.jpg

Jelas Putra, dia tidak bermusuh dengan sesiapa, malah tidak pernah menganggu keluarga sesiapa mahupun mencampuri urusan orang lain. Namun orang kampung pernah berkata yang jirannya itu bermasalah.

Sehingga ke waktu itu, belum ada sebarang perkembangan terbaru dari Shakila dan Putra. Namun netizen berharap dua beradik berkenaan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post